Teman sekadar ingin berkongsi sedikit ilmu..
Siapa kenal gerangan ilmuan pada 'sala-silah' yg tertera di bawah ini..
Nama sebenar beliau ialah Abu Abdillah, Muhammad bin Idris bin Abbas bin Ustman bin syafie' bin Saib bin Ubaid bin Abd Yazid bin Hasyim bin Abd Muttalib.
Dilahirkan pada 150H dan wafat pada 204H pada usianya 54 tahun.
Berketurunan Quraisy bertemu dengan keturunan Rasulullah melalui moyangnya yang bernama Abd Manaf.
Keturunan yang mulia ditambahi dengan ilmu yang memenuhi bumi,
menjadi ikutan ummat sepanjang zaman.
Lagu mana dgn kita..?? Sampai kat Tokwan sahaja.. kalau nak dicari nama ayah kepada tokwan..? begagau ghata..
Apalagi kalau nak dicari nama tokwan kepada tokwan ..lagi kelam lah nampak gayanya...
8 comments:
memang betul tu .. tapi bukan budaya kita kot, nak buat macamana!
salam..
Ala tomelnya budak kecik dua orang tu.. cute sangat.. mesti ikut rupa ibunya.. nasib baik tak ikut rupa abahnya...heehhe, gurau je ek Pak Lan
salam.....org lana bulu.....
Pak Ngah..kita kena serap budaya mengambil berat ttg sala-silah kekeluargaan nih.. biarlah kita yg mulakan pun tak pa ..masih belum terlambat ..
Nida..mmg benar pun..itulah hasil dari isteri muda teman..
ppsss..jgn bising2 okay..
As salam juga buat Alimaz..orang Perlis.. Selamat datang..
Salam LB..
Nampaknya kena buat satu buku sejarah salasilah keluarga juga ni...betul, apabila difikir semula..memang penting mengetahui latar kita.
~comel budak kecik tu.
Salam saudaraku Lana. Istilah keturunan dalam bahasa Melayu pun hanya sampai 7 peringkat sahaja, iaitu anak, bapa, datuk, moyang, buyut, cakawari dan cilawagi. Selepas daripada itu, babah tak jumpa...Mungkin ini sebabnya orang Melayu tak berapa nak ambil tahu keturunan seperti orang Arab. Wallahualam.
Iris..mmg patut kita ambil berat..pun
nanti teman buat n3 baru utk menghebahkan cadangan nya tu
Babah..terimakasih..
sebenarnya ini kali pertama teman tahu ada rupanya gelaran utk muyang keatas..spt yg diberikan..
Itu kira standard atau hanya daerah tertentu sahaj yg pakai tu..?
IM baru bercadang nak tulis salasilah keluarga. nak cari perisian khas untuk itu.
Post a Comment