Tapi kalau dah tiba2 bunyi hilang tu.. maksudnya angin tiada dan wau jatuh atau tali wau tersebut putus. Besok pagi baru cuba2 cari tapi biasa2nya kena buat semula lah..
Pasai apa? wau yg terbang tinggi kalau putus tali maka melayang-layangnya pun pi lagi jauh.. Buang current je dok pi cari . Buat baru lagi best. Yg buat tu pun bapa saudaralah. Kami sekadar wau kecik2 tu boleh lah.. Ini wau besar seperti wau bulan dan wau merak. Teman dan kawan2 sekadar tukang lambung wau je lah. Bila jatuh semasa mula2 nak naik tu ..apa lagi berkejarlah dapatkan wau tu dan lambung semula. Alang kanak2 kalau nak pegang tali mau terlepas .. kalau nak pegang juga kena pegang 2~3 orang. Biasa2nya mmg bapa saudara tak layan sbb nanti wau jatuh dan terlepas dia juga yg masalah. Kami waktu tu cuma nak syok je..heee
Perbezaan Pendapat bukanlah Per p e c a h a n !
14 comments:
zaman kanak-kanak yang penuh keriangan.. (tapi, tak semua kanak-kanak bernasib baik untuk menikmati keriangan itu...)
ada lagi ke dorang main wau ni, tengok layang-layang pon aneka rupa dan warna tu pon dari plastik je kot, takde dah bebudak yang kreatif nak buat sendiri
saujana mata memandang.. seronoknya dapat bermain layang2 di situ.. tak pun main kejar2.. mesti puas nak hambat..
seronok kan.. tapi CP x pandai main wau, tgk pandai lah hihi..
la ni ada kat alor setar.. semalam sampai khamis
menarik sangat... terliur pula tiba-tiba nak bermain wau
bestnyer...suka tengok orang main wau tu...kagum. sebab kite tak pandai main wau or layang2, sebab bila tak naik, kite dah mls nk berlari ;)
waktu kecik2 dulu zue pndai main layang2 bukan wau.
layang2 buat sendiri drp suratkabar pkai lidi penyapu.
walaupun x tinggi tapi seronok gak.
setiap thn pasir gudang adakan festival layang2/wau tapi x pernah nengok sbb x tahan cuaaca panas.
salam lb..seronoknya jadi kanak2 ..main, makan n tidur..tak payah risau apa2 kan..luasnya sawah tu..ln punya kah..nampak gaya dah lepas musim menuaikan...
dulu saya kecik2 pun selalu tengok arwah tok cik main wau..la ni sapa tak dak dah....jangan kata wau...dengung dua pun dah tak nampak...
kakcik Seroja..keriangan tetap ada walaupun berbeza taraf kehidupan..cuma ragam yg berlainan..
mana nak cari lagi dah cemomoi..bebudak laa ni..dari depa dok pi buat wau lebih baik depa dok melangut tv kat rumah betoi dak..?
Memang seronok nida..cuma kalau nak main eloknya dopagi hari..atau petang je..tengahari panas lit-lit..
CP..teman boleh lahjugak buat wau tu..tapi kalau nak bertanding tu payah lah sikit..biasalah dah lama tinggal..
Selamat datang ke AS.. kalau teman ada kat kg boleh jugak ajak mai ziarah lanabulu...
anyway..jalan2lah kat Kedah tu ye CP..jgn lupa pi melawai muzium padi tu..nanti ye..
AA..kalau dah teliur tu ..kena cari cuba2 jugak ok..
ch@..kalau tak nak berlari ..tunggulah bila angin mai.baru lambong...ok
Apa kata nanti bila ada masa buat semula layang pakai kidi tu dan lambong kat depan laman rumah..lihat..sapa yg nak komplen nanti...hee
M&M..sawah tu bukan teman punya..keseluruhan tu termasuklah peninggalan bapa mertua..dan jiran2 sekeliling..hasil dah diambil pun..dah bajak kering..cuma tunggu ayaq hujan atau sungai je utk ditanam semula..
rindunya ngan suasana dulu2...
ayah saya pun dulu pandai buat wau...
muzium padi dah 2 tahun berturut pi.. 2008 dgn 2009.. bawa student international.. tahun ni je xde.. huhu
suka p muzium padi tu
When will you post again ? Been looking forward to this !
Post a Comment