Thursday, March 25, 2010

Kuala Tunjang

Jam menghampiri 9.00am. Dari jauh kelihatan perahu nelayan mudik ke pengkalan setelah keluar diawal pagi.. dikala kebanyakan manusia lain (selain nelayan) sedang berdengkur enak..
Kembali membawa hasil buat menyara kehidupan yg penuh mencabar.. Untung sabut timbul..untung batu tenggelam (bukan untung k/selam yg tak boleh tenggelam)..untung nasib nelayan..? Berjumpa peraih atau menjual sendiri..
Pagi jumaat itu menjelaskan ttg perubahan yg dilakukan oleh golongan nelayan (bukan semua)..mereka telah melangkah ke depan dgn menjual sendiri hasil yg diperolehi .. Alhamdulillah! Perit lelah mereka terubat hasil sepakat dan kerjasama.Hasil yg nampak jelas banyak masih terlekat dijaring.. Di atas darat bersebelahan dgn pengkalan ini diwujudkan pasar pagi buat memasarkan hasil laut dan darat dari perkampungan nelayan.Asyik melihat tangkapan dileraikan dari pukat.. dan yg tentunya happy adalah kucing2 dari kawasan berdekatan. Serba mewah..makan ikan fresh gitu..! Pengalaman baru buat anak2 tentunya.. Sepagi di Kuala Tunjang.

12 comments:

Nida n' Hanafi said...

Salam Pak Lan..

Melihat gambar2 ini, mengingatkan saya pada kampung halaman, Teluk Ramunia, suasananya seakan sama dengan Kuala Tunjang, cuma bezanya kampung saya berteluk manakala di sana berkuala...:)

Anonymous said...

Aslmkm.
Baguih la bawa anak2 p tgk realiti kehidupan.
La ni Lan balik dok sana ka ni cerita masa p balik kpg?
Kak G pernah lalu belah2 sana tu masa kecik2, tp tak berapa ingat la ... Kuala Kedah dgn Kuala Perlis ja ingat :) ... pasal laksa kut ... hehe.

Unknown said...

Tempat jatuh lagi kan dikenang Nida...

Kak G..baru2 ni balik kg sebab ada jemputan kenduri nikah AP tu..total dapat 3 jemputan..so sekali belayar..lawatlah mana2 yg sempat..hhee..

azieazah said...

Sungguh indah pengalaman, seperti melihat masa lalu, kenangan di waktu kecil yang tidak mengerti apa-apa.

Bagus anak-anak dapat ditunjukkan kehidupan yang lain dari apa yang mereka lalui..

Saya suka juga melawat tempat begini..

ch@ said...

sungguh indah, kampung kite xde la sungai mcm ni, sg Jhr adalah, tapi dah mcm air nes, pnh naik masa Kota Tinggi banjir besar ;) tapi rmh kite ada paya hahahha! kita dah pun berkubang kat paya tu ;)

Che' Pit said...

hmm menarik gak pengalaman sepagi di kuala tunjang tu..

teringin gak nak merasa

Unknown said...

Azieazah.. melawat sambil ambil iktibar utk kebaikan kita bersama..

Ch@..La ni masih nak berkubang lagi ke..hee..

terokai seni said...

penah beli ikang kt kemamang konong nok rase ikang preh, bowok balik kl, ceh.. sampai kl dah memek pulokkk

Anonymous said...

salam lb..kadang2 kesian kat mereka hasil yg diperolehi tak banyak seperti dulu..kawasan ikan kita dah diterjah oleh penangkap2 ikan dari negara lain yg bertowkeykan cina tempatan ..habis ditangkapnya anak2 ikan.. yalah alat2 mereka lebih canggih daripada nelayan tradisi...nasib n realiti hidup nelayan kita..

zue said...

beli ikan di jeti mesti murah harganya berbanding di pasar.

Unknown said...

Zue..tak lah murah sangat tapi berpatutan dibandingkan dgn pasar sbb depa pakat lagu ni...bapa pi pasar..anak2 pompuan/ibu2 jual dipasar pagi tu..

M&M..sepatutnya pihak berwajib dah pantau dan ambil tindakan perkara2 lagu ni.. tapi payah nak cakap pasai kadang2 ada yg ambil kesempatan makan atas angin..

ch@ said...

sekarang dah tak berkubang, paya tu pun taktau jernih lagi atau tak airnya...sonot jadik budak kampung ;)

Member2 Yang Dihormati..

luahan. .

u r invited

Kembalilah lagi, Ramadhan !



Frenz Media