Tuesday, March 30, 2010

HM yang ber emosi ~*

Masih baru lagi teman memperkatakan dalam N3 yg lepas ttg perasaan sayang & hormat terhadap cikgu..para pendidik! Hari ini teman tersentak dgn berita terhadap 22 murid lepasan SPM dari Yan, Kedah lagi... Nak tutup muka malu tapi nak buat lagu mana nasi sudah menjadi bubuq.. tambah perencah je lah jadikan bubuq lambok @ 'moi'.. Catatan sijil berhenti sekolah labelkan pelajar tak berdisiplin
YAN: Seramai 22 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Yan, menghadapi masa depan yang gelap kerana dilabel sebagai murid tidak berdisiplin dalam sijil berhenti sekolah walaupun tidak melakukan kesalahan serius sepanjang tempoh persekolahan.
* - ? Sikap yg tidak rasional ditunjukan.. ibarat meludah kelangit !
- ? Apa yg dapat dgn tindakan sedemikian.. hati puas ?
- ? Memperlihatkan otak sapa yg lebih singkat..bebudak ke pengetua ?
- ? Emosi mempengaruhi tindakan.. Maybe pengetua pun bermasalah..
Semoga tulisan ini tidak mengguris hati cikgu2 yg mengajar di sekolah tersebut atau lain2 sekolah ataupun yg sedang bercuti makan angin ikut suami gi oversea..
Perbezaan Pendapat bukanlah Per p e c a h a n !

Melata bebas ~*~

Sang mentari baru saja menyinari alam.. Anak2 melompat..berlari dan meronda sepuas hati.. pi lah nak pi jauh mana kat dalam bendang tu..Kalau dulu, zaman teman sekolah rendah masih boleh didengar bunyi 'dengung' wau yg dimainkan dan kemudian ditambat dan dibiarkan semalaman. Selagi ada angin maka selagi tu lah wau akan diudara. Bunyi dengung wau juga dapat menceritakan bertapa deruan angin malam kencang atau tenang atau ganas.
Tapi kalau dah tiba2 bunyi hilang tu.. maksudnya angin tiada dan wau jatuh atau tali wau tersebut putus. Besok pagi baru cuba2 cari tapi biasa2nya kena buat semula lah..
Pasai apa? wau yg terbang tinggi kalau putus tali maka melayang-layangnya pun pi lagi jauh.. Buang current je dok pi cari . Buat baru lagi best. Yg buat tu pun bapa saudaralah. Kami sekadar wau kecik2 tu boleh lah.. Ini wau besar seperti wau bulan dan wau merak. Teman dan kawan2 sekadar tukang lambung wau je lah. Bila jatuh semasa mula2 nak naik tu ..apa lagi berkejarlah dapatkan wau tu dan lambung semula. Alang kanak2 kalau nak pegang tali mau terlepas .. kalau nak pegang juga kena pegang 2~3 orang. Biasa2nya mmg bapa saudara tak layan sbb nanti wau jatuh dan terlepas dia juga yg masalah. Kami waktu tu cuma nak syok je..heee
Perbezaan Pendapat bukanlah Per p e c a h a n !

Sunday, March 28, 2010

Pembaris Panjang =~=

Mohd Yazan, ... ! mai ke depan ! (adalah beberapa pelajar lain turut dipanggil bersama teman ketika itu). Dah lupa atas kesalahan apa..tapi tahulah mmg bersalah lah tu.. Kali pertama kena pukul kat bontot dgn pembaris kayu panjang (~ size : 3" x 1 mtr kot)kat depan kelas.. ketika darjah 3..hee.
Nak beritahu kakak (tika tu darjah 5)?.. nak beritahu Ustaz Abdullah (juga mengajar di sekolah yg sama)?.. SORRY laa.. nanti dapat hadiah lagi ada lah.. Haa ! Yazan bila nak balik? soal cikgu Saad (yg berbaju melayu dan berkaca mata) bila bertemu di rumah Mertua diwaktu menghadiri majlis doa selamat dan tahlil arwah selepas solat jumaat hari tu. "Besok atau lusa , cikgu" menjawab dgn penuh rasa hormat dan sayang. "Kalau lagu tu, jemputlah kerumah besok" pelawa cikgu Saad utk majlis walimatul-urus anak bongsunya.
Walaupun peristiwa kena sebat tu dah lama berlaku tapi masih diingati sampai laa ni.. NAMUN tiada perasaan dendam apalagi nak membenci pada cikgu Saad. Bahkan semakin lama rasa semakin sayang pulak kat cikgu. (nasib anak2 pompuan nya dah habis 'lepas' semuanya hee..)
Selamat menerima menantu baru buat cikgu (dah pencen lama dah) sekeluarga. Moga kekal berbahagia sehingga keakhir hayat..
Perbezaan Pendapat bukanlah Per p e c a h a n !

Saturday, March 27, 2010

Taman Ayer Hitam

Meraikan nelayan pulang membawa hasil dah sudah..
Meronda di pasar pagi Kuala Tunjang juga sudah..
Berjamu selera pun dah sudah.. So..?
Sebelum mentari merangkak tinggi dan ada bebudak tu yg belum mandi pun laginya.. hee
Rasanya 'perjalanan~santai' pada pagi Jumaat (19/3/2010) tu seimbang dgn singgah menziarahi pusara tok atiah (ibu mertua teman) yg kembali pada 30 October tahun lepas. Sempat membersih ala-kadar dan berdoa serta menghadiahkan Al-fatihah semoga tok/nenek berbahagia di sana bersama keredhaanNya. Perbezaan Pendapat bukanlah Per p e c a h a n !

Friday, March 26, 2010

Pasar K~T~

Setelah puas melihat nelayan mengasingkan hasil tangkapan dari atas pengkalan.. Yang kecil..dan apatah lagi yg besar, tentunya lebih faham apa yg ada kat dalam pasar.. Merengek mereka nak berjalan2 dalam pasar pagi Kuala Tunjang tu..Pucuk dicita..ulam mendatang.. Inilah hidangan kegemaran anak2 zaman selarang.. Yang besar malu2 kucing.. dan yg kecik tu memang tak bergerak lah..hhee.
Apa lagi buat offer lah..Pilih yg mana berkenan.. pagi jumaat yg bahagia 'ayah belanja'..!
Makan tanpa minum mmg tak sempurna.. Mari kita perkena ABC.. K~T~ Beratur ikut giliran dan utamakan yg kecik dulu.. Nampak sedap dan menyelerakan ..tiada lalat. Maybe musim kemarau..kering dan panas gamaknya..
Sementara kita tunggu group yg satu lagi..ayoh mai kita berkelah sat kat sini.. Rasanya bawah pokok pukul 5 yg rendang di tepi rumah dan berdepan dgn sawah bendang yg kering kontang ..terbentang luas.. Angin tu tak yah cerita lah..
Perbezaan Pendapat bukanlah Per p e c a h a n !

Thursday, March 25, 2010

Kuala Tunjang

Jam menghampiri 9.00am. Dari jauh kelihatan perahu nelayan mudik ke pengkalan setelah keluar diawal pagi.. dikala kebanyakan manusia lain (selain nelayan) sedang berdengkur enak..
Kembali membawa hasil buat menyara kehidupan yg penuh mencabar.. Untung sabut timbul..untung batu tenggelam (bukan untung k/selam yg tak boleh tenggelam)..untung nasib nelayan..? Berjumpa peraih atau menjual sendiri..
Pagi jumaat itu menjelaskan ttg perubahan yg dilakukan oleh golongan nelayan (bukan semua)..mereka telah melangkah ke depan dgn menjual sendiri hasil yg diperolehi .. Alhamdulillah! Perit lelah mereka terubat hasil sepakat dan kerjasama.Hasil yg nampak jelas banyak masih terlekat dijaring.. Di atas darat bersebelahan dgn pengkalan ini diwujudkan pasar pagi buat memasarkan hasil laut dan darat dari perkampungan nelayan.Asyik melihat tangkapan dileraikan dari pukat.. dan yg tentunya happy adalah kucing2 dari kawasan berdekatan. Serba mewah..makan ikan fresh gitu..! Pengalaman baru buat anak2 tentunya.. Sepagi di Kuala Tunjang.

Tuesday, March 23, 2010

Kedah Kemarau ~&~

Suasana begitu panas dan kering sekali..namun tiupan angin yg menderu .. menghilangkan rasa panas musim kemarau kali ini.. Lihatlah sg Lana Bulu itu pun hampir kering.. Pada waktu biasa paras boleh melepasi kepala kanak2 yg bermain ditepi tebing sg tu..' Tandop' tu pun sunyi dari deruman air yg terjun seperti diwaktu paras air biasa.. Gelombang air yg berpusing pun tak kelihatan..
Kalau ~ 20 tahun dulu rasanya boleh lagi jalan2 kat tepi sg mencari siput2 yg terdampar kat tebing sg.. Laa ni !~! ntahlah.. yg nampak cuma kulit2 siput je.. maybe pasai dah hampir pupus akibat percemaran dan keadaan cuaca yg terlebih panas gamaknya..
Bendang2 selepas dibajak suajana mata memandang tapi kering kontang.. Kalau dulu waktu2 begini akan digunakan oleh budak2 dan juga orang dewasa utk bermain bola serta main wau..

Perbezaan Pendapat bukanlah Per p e c a h a n !

Monday, March 22, 2010

AP Najib Nikah lagi..

Tanggal 18 March 2010 menjadi detik kenangan bersejarah buat raja sehari .. sempena hari kenduri mereka juga menyambut hari ulang tahun kelahiran yg sama buat kedua2 mempelai..
Tahniah buat Najib (Anak Penakan) dan Zaitun. Muafakat ahli kariah menjayakan majlis dan menghimpunkan sanak saudara serta kenalan jauh dan dekat.
Hati menjadi ceria bila cinta bertaut ikatan yg sah sebagai suami~isteri.. hiduplah dgn bahagia bersama zuriat yg bakal mendatang .. InsyaAllah..Mana pulak pi..bini aku ni..tadi ada kat sebelah.. tup2 dah hilang pulak.. "ni yg rasa ngantuk ni.."Haa.. ini lah Cikgu Razaq (pun Anak Penakan)..camera man yg diimport khas dari Sabah.. Sampai terduduk letih.. apa tidaknya dari malam.. pagi..tengahari ..petang dan jumpa malam kembali.. dah dua hari lagu ni.. merakamkan gambar kenangan dua mempelai raja sehari..
P/s- pada sesiapa yg memerlukan khidmatnya bolehlah contact teman.. tapi 25 %.. hee !!

Friday, March 12, 2010

Brutal !~!


Oleh Wan Faizal Ismayatim
2010/03/12PETALING JAYA: Seorang eksekutif wanita dibelasah sekumpulan enam pelajar perempuan Tingkatan Lima sebuah sekolah menengah di sini, di depan anaknya dan puluhan pelajar lain, kelmarin. Ibu berusia 33 tahun itu dikatakan diserang di luar kawasan sekolah berkenaan, kira-kira jam 1.15 tengah hari, selepas memarahi seorang daripada pelajar terbabit yang mengganggu serta mengejek anak perempuannya yang juga pelajar Tingkatan Lima sekolah itu.
p/s - Amacam???

Perbezaan Pendapat bukanlah Per p e c a h a n !

Monday, March 08, 2010

Sayang Selasih~2

Pada N3 yg sebelum ini teman telah memberi nama yg berbinkan bapa dan ke atas sehinggalah bertemu kepada Junjungan Mulia Rasul kita. Beliau adalah Imam besar 4 mazhab iaitu Imam Syafie ilmuan terulung.
Bersama ini teman lampirkan sekali laman web yg sangat sesuai utk kita menjaga dan membina semula sala-silah kita ..
Berusahalah sekadar yg termampu..
InsyaAllah akan mengeratkan lagi tapi persaudaran sesama keluarga..
Laman web ini ..dulunya teman dapatkan dari Rusnanie (teman maya kita)..kalau tak silap teman..
Klik je kat sini pada sesiapa yg berkehendakkannya.

Wednesday, March 03, 2010

Sayang Selasih

As salam buat semua pengunjung yg budiman,
Teman sekadar ingin berkongsi sedikit ilmu..
Siapa kenal gerangan ilmuan pada 'sala-silah' yg tertera di bawah ini..

Nama sebenar beliau ialah Abu Abdillah, Muhammad bin Idris bin Abbas bin Ustman bin syafie' bin Saib bin Ubaid bin Abd Yazid bin Hasyim bin Abd Muttalib.
Dilahirkan pada 150H dan wafat pada 204H pada usianya 54 tahun.
Berketurunan Quraisy bertemu dengan keturunan Rasulullah melalui moyangnya yang bernama Abd Manaf.
Keturunan yang mulia ditambahi dengan ilmu yang memenuhi bumi,
menjadi ikutan ummat sepanjang zaman.

Lagu mana dgn kita..?? Sampai kat Tokwan sahaja.. kalau nak dicari nama ayah kepada tokwan..? begagau ghata..
Apalagi kalau nak dicari nama tokwan kepada tokwan ..lagi kelam lah nampak gayanya...

Member2 Yang Dihormati..

luahan. .

u r invited

Kembalilah lagi, Ramadhan !



Frenz Media