Wednesday, December 09, 2009

First Person

P/s- email ilmiah ini diterima dari LinaAhmad dan disimpan dalam blog ini sebagai tatapan ilmiah pecinta ilmu. Sahabat2 boleh menegur sekiranya terdapat kesilapan fakta yg tertera di bawah. TQ
1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS
2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS
3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS
4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS
5.. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS
6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)
7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW
8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar AsSiddiq RA
9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah: Umar bin Al-Khattab RA
10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam: Al-Hasan bin Ali RA
11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW: Thuwaibah RA
12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA
13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita: Sumayyah binti Khabbat RA
14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA
15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA
16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan azan: Bilal bin Rabah RA
17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA
18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW: Tamim Ad-dary RA
19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA
20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW: Ibban bin Othman bin Affan RA
21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA
22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH
23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA
24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawayah bin Abi Sufyan RA
25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : H arun Ar-Rasyid RH
26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA
27. Orang yang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah SAW: Ali bn Abi Tholib RA
28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH
29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA
30. Orang yang pertama masuk Syurga : Nabi Muhammad SAW
p/s - Di manakah kita ?

14 comments:

Kakcik Seroja said...

Kita yang pertama apa ya? ..

azieazah said...

Kak Cik orang pertama komen...huhuh..ingatkan saya nak jadi yang pertama tadi..

Thankiu info BRO LB

NJ said...

Rasa terlalu sukar untuk menjadi yg pertama dalam senarai tersebut..jauh sekali dari saya ni..tapi akan mencuba melakukan yg terbaik selagi hayat dikandung badan.. kepada yg maha ESA..kepada suami tercinta dan anak dikasihi.. akan lakukan yg terbaik dan semoga diterima ALLAH..insyallah..

Imanisa riana @ sarimah said...

Salam..
Mudah-mudahan tidak menjadi org yg pertama ditolak masuk ke neraka... nauzubillah.
Tuhan ku aku tidak layak utk surga- Mu, tetapi aku tidak sanggup menanggung seksa neraka-Mu..
oleh itu kurniakanlah ampunan kepada ku, ampunkan lah dosaku..
sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar....

Ateh Nour said...

Assalamualaikum, terima kasih diatas entry ini yang memaparkan info yang berguna untuk pengetahuan tambahan kita...

Saya yang pertama dikasihi anak2 saya, Alhamdulillah...

abu muaz said...

ya ... dimanakah kita?????

Zura Tahir said...

terlalu kecil & kerdil kite nie nk d letakkan sebaris ngan pejuang2 islam..erm.. :)nice info..

kuina said...

yang nyata... orang islam adalah penggerak tamadun manusia.

rosnanie said...

salam
Walaupun mungkin tak jadi yang pertam, dapat sekumpulan dengan mereka pun, Alhamdulillah...

LB, tks 4 d info

mamai said...

di mana kita satu persoalan yang sukar adakah yang terakhir

Nida n' Hanafi said...

Nasib baik saya pernah dapat nombor pertama dalam peksa.. ada ler juga pertamanya..hehe

p/s: thanks atas info yg menarik

nurul izza said...

terima kasih atas info yg berguna..

p/s: maksu..(rujuk pd nida) suke maksu duk bc apa izza bc

Unknown said...

Kakcik..biarlah kita yg pertama belajar dari kesilapan..

Aziezah..TQ kembali..U pun pertama juga selepas kakcik..

Itulah KITA kak NJ..

Shaniza..takut!!! moga ampunanNya bersama kita semua..

Lipislady..Alhamdulillah kerana masih ada yg menyayangi kita..

Disinilah kita Abu Muaz..di bumi Allah yg sementara ini..

Unknown said...

Zura..mmg kita tak layak pun tapi mereka adalah contoh teladan buat kita..

Betoi kata2mu KuIna..

Begitulah hendaknya Rosnanie..Aminn

Mamai..mmg banyak tanda ? ?? kan..

Nida..teman tak pernah dapat no petama cuma pernah dapat best student je..

NurulIzza..maksu tu mmg sahabat maya kita..

Member2 Yang Dihormati..

luahan. .

u r invited

Kembalilah lagi, Ramadhan !



Frenz Media