Wednesday, December 16, 2009

Copy & paste & modified

Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
diri kita akan selamat.
rumahtangga jadi sepakat.
masyarakat jadi muafakat.
negara kita menjadi kuat.
negara luar jadi hormat.
permusuhan pun tersekat.
pembangunan pun meningkat.
kemajuan menjadi pesat.
TETAPI AWAS, Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.
KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.
ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
sembahyang makin hari makin liat.
orang baik ada yang bertukar jadi jahat.
orang miskin pula nak kaya cepat.
orang tua pula nak mati lambat.
tak dapat minum madu telan jerla minyak gamat.
Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.
Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat.. Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda ' bulat ' .
Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat,
bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat .
Bila berjumpa, tangan berjabat Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita ' bukti ' lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat,
maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat.
jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat.
MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat, Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat!
Berangkat menuju ke negeri akhirat.
Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sindri mau ingat.
Umur lu banyak mana lu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?
Harta benda anta, dari mana anta dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat...?
Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat
dan memperbanyakkan ibadat.

"KEMATIAN ADALAH SUATU KEBENARAN"
walau sejauh manapun kita menyayangi seseorang,
sayang ALLAH mengatasi segala-galanya
MAY ALLAH BLESS ..
Perbezaan Pendapat bukanlah Per p e c a h a n !

15 comments:

azieazah said...

Salam..

terimakasih berpesan-pesan.

*Yang nampak pusat tu, FASHA SANDHA ker? saya tak pernah lagi nampak pic ni kat mana-mana... wooooo...

Kakcik Seroja said...

Salam LB...

macam pernah dengar pesanan ini.. tapi, saling ingat mengingat tu memang sesuatu yang baik, kan?

rosnanie said...

salam terima kasih kerana sudi mengingatkan, harap jadi ikhtibar kepada semua

p/s bila nak laksana hukum hudud ye?

ch@ said...

betul tu en LB, sama-sama kite tingkatkan saham iman diri kita sendiri....amin!

mamai said...

mari kita mencari berkat

Nida n' Hanafi said...

Salam LB..

Nice sentences..

Bila jenayah meningkat
umat dah macam mayat
yang keluar hanyalah ulat-ulat
busuk menusuk setiap saat..
Apa2pun selamat menyambut awal Muharram.. (lari rima sikit..hehe)

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

Salam LB,

wah bley buat lagu rap...

Terima kasih kerana mengingatkan sy juga...

ninie's corner said...

terima kasih krna saling mengingati.............
pesanan yg amat berguna..
terima kasih sekali lagi.....

Unknown said...

Aziezah..kembar 2 serupa kot..hee

Rasanya ustaz Akhil kot..kalau tak pun Ustazah Nurbahiyah agaknya..kakcik

Begitulah hendaknya ch@ DAN mamai..

Unknown said...

Lari irama pun takpa Nida..asalkan pedoman kita ambil bersama..
Tak gitu maksu?

Mawarberduri..boleh ..tapi U kena nyanyi lah ok..hee

Terima kasih kembali..ninie's corner

terokai seni said...

wuih sajak ni lagi clear dari yg dok siarkan blogger lain. siap contoh buat mata jadi ligat, buat mulut terkumat, buat bibir bagai dikepat, buat lidah terkerat, buat jiwa bak disengat, buat hati lupa makrifat... dahsyaaat

Unknown said...

Cemomoi..
sebenarnya teman pun terasa SEGAN dgn percemaran yg dipaparkan tu..
cuma tunggu komplen je dari sapa2..mesti teman buangkan 'percemaran mata tu'..
p/s- prinsip : Matlamat tidak menghalalkan cara.

abu muaz said...

Bagus sekali tuan. Salam maal hijrah

Nurul Izza said...

ish malu sungguhla..kaum wanita ni.memang inilah dikatakan wanita = fitnah kan? huhu.tapi wanita senang nk masuk syurga, juga senang je nk masuk neraka.

p/s: terima aksih di atas segala nasihat.really appreciate it!

Unknown said...

Utk kita bersama Abu Muaz..

Nurul Izza..teman nak letakkan photo yg lagu tu rasa segan..benarlah fitnah akhir zaman..seram..

Member2 Yang Dihormati..

luahan. .

u r invited

Kembalilah lagi, Ramadhan !



Frenz Media