Thursday, December 31, 2009

Sekolah..Jem

Bila cuti sekolah bukan saja budak2 yg syok tapi..
Ibu bapa pun suka..
Rasanya orang lain pun suka sebab..?
Jalan pi kerja kurang jem! Perasan dak ?
Kenapa kurang jem?
Nak kata sebab cikgu2 guna kereta pun.. tak relevan jugak
sbb depa masuk kerja kul 7.30am
dan jem kat jalan ~ 8am ...
Adakah semua ibu bapa bawa kereta dan hantar anak ke sekolah then pi kerja..?
ntahlah..tapi mmg teman nampak lebih jem bila masa persekolahan..

Perbezaan Pendapat bukanlah Per p e c a h a n !

Saturday, December 26, 2009

Gejala become to BENCANA

Malam tadi..disamping buah hati..menonton TV..
Ustazah NurBaiyah dan suami..
Berserta jemputan dua puteri (puteri malang)..
Menceritakan ttg masalah sosial..
Perlakuan muda-mudi la ni ..
Gejala sosial..
Sudah menjadi ..BENCANA SOSIAL..
Perbezaan Pendapat bukanlah Per p e c a h a n !

Thursday, December 24, 2009

Soalan CepuMas 2009

Bertenang..Lihat dan belek elok2..dan jawab soalan di bawah. Photo yg sama cuma 4 posisi berlainan. Kos pembinaan bernilai jutaan.. bukan Yen apatah lagi Rupiah tapi RM. Apakah nama kediaman ini dan siapakah pemiliknya?
A - Pusat Tahfiz Al-Quran .
B - Pusat anak2 yatim dan fakir miskin.
C - Istana Putra Raja.
D - Mahligai Pemimpin berjiwa rakyat.
E - Singgahsana milik Jutawan Bali.
F - Semua di atas salah (Nyatakan jawapan anda secara bertulis).

Perbezaan Pendapat bukanlah Per p e c a h a n !

Tuesday, December 22, 2009

Durian TAK runtuhh..

Tak habis2 dgn RUNTUH.. kat mana ni?
Orang kg teman cakap 'gheban' (bukan lau ayam)..
Kenapa selalu sangat project bernilai JUTA RM di Terengganu kite asyik bermasalah saja..?
Nak kata tak cukup peruntukan..dah project juta2..
Nak kata nasib..?
Kerja khianat?
Atau belum cukup Royalti..?
Adakah pihak2 penguasa yg terlibat (SPRM) sekadar pandang.. ambil photo dan senyum saja..?

Perbezaan Pendapat bukanlah Per p e c a h a n !

Saturday, December 19, 2009

Tertinggal lah..

Pagi tadi teman bersarapan nasi goreng 'kelate'..kat umah.
Dgn berulamkan pucuk jangguih..Fuuhh..siap bertambah ..
Sedap dan menyelerakan.. Heavy pagi ni..hee
Bertolak ke tempat kerja dgn anak2 dan anak jiran (mereka ada program kat masjid) spt biasa tidak bergegas..
Sesampai ke tempat kerja..baru perasan yg dompet duit tertinggal..!?#!?
Nak balik ambil?
Alang2 je..nanti half day balik juga..
Minyak kereta?
Okay, masih boleh tempuhi ~350km lagi
Lesen memandu?
Selalunya polis jarang buat checking kalau tak de masalah di jalanan kan..
IC ..?
Itu pun kalau tak de sebarang masalah lah kan..
Tak de IC ni boleh dikira pendatang tanpa izin lah gamaknya.. hee

Perbezaan Pendapat bukanlah Per p e c a h a n !

Thursday, December 17, 2009

Just for U

Kemudahan ini teman rasa sangat sesuai utk kaum wanita.
Kaum yg sangat istimewa..
Golongan yg mempunyai citarasa tinggi..
Kuat memilih..(keluar masuk kedai just utk survey.. )
Pandai komen.. (cerewet?) hee..
Nak pilih yg longgar..?
Suka yg 'sendat-mendat'..? terbelah-melah..?
Gemar yg singkat..sekaki dari lutut..?
Bahkan berbagai ragam pilihan..
Lebih mudah lagi kalau 'kemudahan' ini sudah boleh digunakan dirumah..
tentu lebih senang utk pilih dgn suami (pd yg bersuami) atau dgn sedara mara lain2.. senang boleh dapat komen segera.

p/s- yg kat oversea tu lihat2lah kot2 ada boleh bawak balik mai se..

Wednesday, December 16, 2009

Copy & paste & modified

Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
diri kita akan selamat.
rumahtangga jadi sepakat.
masyarakat jadi muafakat.
negara kita menjadi kuat.
negara luar jadi hormat.
permusuhan pun tersekat.
pembangunan pun meningkat.
kemajuan menjadi pesat.
TETAPI AWAS, Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.
KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.
ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
sembahyang makin hari makin liat.
orang baik ada yang bertukar jadi jahat.
orang miskin pula nak kaya cepat.
orang tua pula nak mati lambat.
tak dapat minum madu telan jerla minyak gamat.
Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.
Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat.. Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda ' bulat ' .
Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat,
bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat .
Bila berjumpa, tangan berjabat Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita ' bukti ' lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat,
maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat.
jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat.
MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat, Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat!
Berangkat menuju ke negeri akhirat.
Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sindri mau ingat.
Umur lu banyak mana lu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?
Harta benda anta, dari mana anta dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat...?
Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat
dan memperbanyakkan ibadat.

"KEMATIAN ADALAH SUATU KEBENARAN"
walau sejauh manapun kita menyayangi seseorang,
sayang ALLAH mengatasi segala-galanya
MAY ALLAH BLESS ..
Perbezaan Pendapat bukanlah Per p e c a h a n !

Saturday, December 12, 2009

Masuk 'jawi'

Fenomena biasa bila musim cuti sekolah hujung tahun..Yang dewasa teringin nak menikah.. Yg belia tua terasa galak nak 'tambah'.. hhmmm.. Dan tentunya yang kanak2 akan melalui peristiwa bersejarah dizaman kanak2 mereka ..sekali je seumur hidup..kan Kini mereka diraikan dgn begitu meriah sekali..berbandingkan dgn masa2 lampau.. hee..hee
Tak perlu 'ligan' keliling kg lagi..hhee Siap dgn bunga telor dan hadiah sampingan beserta pulut kuning lagi.. Lagak seperti nak 'berpengantin' lah pulaknya.. Tahniah buat adik2/anak2 ..

Wednesday, December 09, 2009

First Person

P/s- email ilmiah ini diterima dari LinaAhmad dan disimpan dalam blog ini sebagai tatapan ilmiah pecinta ilmu. Sahabat2 boleh menegur sekiranya terdapat kesilapan fakta yg tertera di bawah. TQ
1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS
2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS
3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS
4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS
5.. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS
6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)
7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW
8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar AsSiddiq RA
9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah: Umar bin Al-Khattab RA
10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam: Al-Hasan bin Ali RA
11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW: Thuwaibah RA
12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA
13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita: Sumayyah binti Khabbat RA
14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA
15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA
16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan azan: Bilal bin Rabah RA
17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA
18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW: Tamim Ad-dary RA
19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA
20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW: Ibban bin Othman bin Affan RA
21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA
22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH
23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA
24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawayah bin Abi Sufyan RA
25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : H arun Ar-Rasyid RH
26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA
27. Orang yang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah SAW: Ali bn Abi Tholib RA
28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH
29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA
30. Orang yang pertama masuk Syurga : Nabi Muhammad SAW
p/s - Di manakah kita ?

Monday, December 07, 2009

Pertunangan KL

Petang 05/12/2009 menjadi saksi suatu majlis mengeratkan silaraturahim dan memperluaskan empayar kekeluargaan abang Adam dan kak Rosila. Tak sangka rupanya puteri sulung yg pendiam ni mempunyai jejaka yg telah terpaut dihati.. Itulah gamaknya kata orang diam2 ubi kot.. Kak Long kena lebih berhati-hati sekarang ni.. sbb orang bertunang ni 'darah manis'.. hee betoi ke haa? ntahlah teman..
Kami semua merangkupi ahli keluaga.. jiran-tetangga.. sahabat-handai dan rakan-taulan jauh dan dekat mendahului dgn ucapan tahniah buat kak Rosila dan abang Adam sekeluarga. Didoakan agar majlis 'mendirikan masjid' dipermudahkan dan dipercepatkan Allah swt. bersama kekal bahagia dunia dan apatah lagi di akhirat sana.. Juga mendapat cucu2 yg ramai..

Perbezaan Pendapat bukanlah Per p e c a h a n !

Hhmm..pisang

Menjenguk ke pasar tani dihari minggu mmg relax .. Disamping dapat 'kebanyakkan' barang fresh ..dapat juga menyumbang 'pengaliran' ekonomi anak watan.. Menjenguk ke satu gerai menjual buah2an..Haa ! nampak cantik pisang emas tu. So .. ambiklah dan timbang..sedang dok timbang tu terpandang lah pulak pisang yg lebih besar dari pisang emas dan berwarna light maroon. Tanya pak cik penjual tu..Pisang apa nih? Dia beritahu dan siap potong beri 'try rasa' ..hhmm.. Terus tukar je dgn pisang emas tadi tu..Harganya cuma RM2.50 je sekilo. Anda tahu dan kenal serta pernah rasa?
Perbezaan Pendapat bukanlah Per p e c a h a n !

Friday, December 04, 2009

Meeting je..

Teringat kata PG 'sudah-sudahlah..'
Namun beginilah kemahuan manusia..serba kekurangan tapi kemegahan juga yg nak dicapai tangan..
Selepas ada kaum buat meeting dalam laut..kini datang pula kaum lain nak buat meeting atas gunung lagi.. Bukan puak2 muda lak tu..dah berumur dan ada yg berstatus emas dah..Silap2 pii dgn ayaq tu laa..
Bukannya senang dan mudah ..bertapa banyaknya persediaan yg perlu dilakukan demi melaksanakan cita2 megah segolongan etnik demi secubis nama.. Bukankah elok sekiranya budget tersebut digunakan utk kebajikan rakyat mehran..Berlambak lagi rakyat yg memerlukan simpati bantuan kerajaan.. Begitu juga spt budget JUTAAN RM utk MONSOONg CUP ternyata pembaziran yg sangat jelas terang lagi bersuluh.

Lepas ni tentu yg bercita-cita buat meeting kat bulan..pada yg lekeh sikit tu boleh lah usul buat kat atas pokok je..hee..

Perbezaan Pendapat bukanlah Per p e c a h a n !

Thursday, December 03, 2009

Pandangan mata..

Pandangan mata gadis ini mengandungi seribu satu makna.. Teman melihat dia seorang yg masih muda.. Pandanglah dan renungilah dgn mata-hati..
Apakah yg tergambar dari photo ini..?
Wahai teman2..rakan2..sahabat-taulan.. & sedara-mara semua..

Perbezaan Pendapat bukanlah Per p e c a h a n !

Tuesday, December 01, 2009

Any Suggestions?

Cuti sekolah dah bermula..Bulan December pun dah masuk ni.. Kan hujung tahun ..elok pergi melancong je kat mana2 kan?..
Nak ke Pantai Timur risaukan banjir pulak..
Nak ke Selatan / Johor tu..kat mana ye tempat2 yg best utk dilawati..?
Nak pergi KL / PutraJaya..? Ish..Ish..syok ke..? Nampak macam nengok batu je..
Agak2nya lah..siapakah yg akan memberikan cadangan yg paling best dan menarik..!?!
TQ..buat pendahuluan.

Perbezaan Pendapat bukanlah Per p e c a h a n !

Member2 Yang Dihormati..

luahan. .

u r invited

Kembalilah lagi, Ramadhan !



Frenz Media