Selamat menyambut hari raya qurban..semoga segala amalan diterimaNya. Yg tak sempat berqurban tahun ni..eloklah bersama menghulurkan bantuan yg mana perlu ataupun sekadar menyebok mera'ikan suasana. Ramah mesra bersama saudara-mara dan sahabat-taulan serta jiran-tetangga. Perit jenuh buat kerja korban tentunya terubat dgn hasilnya nanti samada dapat daging atau makan beramai-ramai ..dan tentu yg lebih best bila dapat makan sop ekor/gear-box/tulang fresh... Tukang masak ramai..tukang rasa pun ramai..tukang perabih lagiii lah ramai...
Keluar rumah.
1 day ago
9 comments:
salam, Insya Allah suami akan korban esok. Dia ajak saya g sama tgk orang sembelih, tp saya taknak.
Ni semua gara2 ayah saya korbankan lembu kesayangan saya dulu. Sejak tu saya tak pernah lagi tgk orang sembelih lembu, kesian... teringat lembu saya dulu...
Selamat hari raya qurban
Selamat menyambut Aidil Adha to LB..seronok kan bila tiba saat berhari raya dan berkumpul bersama keluarga...
Salam Aidiladha buat LB sekeluarga.. jangan makan daging2 banyak sangat... bahaya untuk kesihatan..:-)
Assalamualaikum, selamat Hari Raya Qrban, semuga pengorbanan kita diberkati, kalau makan tu ingatlah rakan2 kat blog yee..
Kak Rosnanie..
Teman simpati terhadap teristiwa lalu..namun..tersangatlah besarnya ganjaran di sisi tuhan bilamana kita memberi atau berkorban akan harta benda yg paling kita sayangi..
insyaAllah ditahun2 yg akan datang semoga tuhan memberikan kak rosnanie kekuatan agar bersama suami dn anak menyaksikan majlis korban..sempena meraikan juga peristiwa pengorbanan seorang anak yg bernama Nabi Ismail terhadap arahan bapanya Nabi Ibrahim..Pahala besaq tu kak..ok
InsyaAllah tahun depan..berjumpa lagi..
sup gear box tu sy namakan jugak sup toksid...
sesuai tak...
LB, bukan tak nak kan ganjaran... lepas korban, suami tunjuk video yang dia rakam sebelum sembelihan, aduh, belum separuh sy dah tutup. Rasanya kalau nak berkorban, sy tak boleh tgk masa sembelih tu, kena kirim jer la niat tu...
Apa2 pn insya Allah sy cuba
KuIna..toksid pun boleh..masa tu tak ingat risiko..hee
licin..
Rosnanie..InsyaAllah tahun yg mendatang bersama kekuatan..
alah bisa tegal biasa..tak gitu..kan
Post a Comment