Hidup hanyalah sementara. Janganlah kita memendekan kehidupan (dgn kerja buat yg tak bermanfa'at) di dunia ini yg sememangnya sangat singkat jika dibandingkan dgn kehidupan di SANA. Lama mana pun kehidupan kita tidak berguna sekiranya kita tidak bersama HidayahNya. Semoga kita bersama RahmatNya dunia dan akhirat.
TOKYO: Lelaki tertua di dunia, Tomoji Tanabe, meninggal dunia ketika sedang tidur di rumahnya di selatan Jepun, hari ini. Dia berusia 113 tahun. "Dia meninggal dunia dengan tenang dengan ahli keluarga turut di sampingnya," kata Junko Nakao, seorang pegawai kerajaan di Miyakonojo, selatan Pulau Kyushu.
Nakao berkata, Tanabe dipercayai meninggal akibat kegagalan jantung. Tanabe, yang lahir pada 18 September 1895, mempunyai lapan anak - lima lelaki dan tiga perempuan. Beliau juga mempunyai 53 cicit dan enam piut. Beliau diikhtiraf oleh Guinness Book of World Records sebagai lelaki tertua di dunia ketika berusia 111 tahun.
Tanabe yang tinggal dengan anak kelima dan cucu perempuannya amat menjaga pemakanan dengan mengamalkan pengambilan susu setiap pagi serta menjauhi alkohol dan tidak merokok. - http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Mutakhir/20090619160953/Article/index_html
Keluar rumah.
2 hours ago
No comments:
Post a Comment