Wednesday, June 10, 2009

Pekan Rabu @ Multimarket Rabu?

Sudah menjadi keazaman untuk mewajibkan diri setiap kali balik bercuti ke kampung mesti kena ziarah ke Pekan Rabu. Kitalah yg menentukan jatuh bangun dan terus berkembang HyperMarket Rabu ini. Pusat ekonomi orang melayu Muslim yang paling lama di tengah Bandaraya Aloq Setaq (sebenarnya tak layak pun bergelar Bandaraya. Tak lebih dari menambah beban pembayar cukai2 pintu penghuni bandar. Perkhidmatan kebajikan untuk penghuni tetap sama seperti bandar2 biasa)
Barangan yg dijual adalah merangkumi keperluan kecuali ikan sayur tu tak de la (Yang tu nak kena pi cari kat pasar basah laa ) . Majalah, buku, kitab2, kain baju dan serba manikam lah. Permainan tradisi spt papan jongkak dan lain2, juga keperluan dapoq spt periuk belanga, kukoq nyok disinilah tempatnya. Makanan tu memang berkenjah, pilih saja. Harga berpatutan. Walaupun banyak barangan siam yg diperdagangkan namun adalah berbaloi dari dok pi jauh2 ke Padang Besar atau ke Bukit Kayu Hitam sana tu. Selamat maju jaya buat Pekan Rabu.

3 comments:

Anonymous said...

Juga menjadi tempat utama kalau nak mencari dodol, karas, buah hulu dan bermacam lagi kueh tradisional.

Cucu Tok Derga said...

Dan dan aku teringat lagu 'Mai cek oi cek mai' ciptaan oleh A. Ali. Dinyanyikan oleh Zainal Hitam Manis dan lirik oleh Shaidun Haji Shaari (depa kata dia ni orang Kodiang?):-

Mengkala mai Kedah,
singgah la ke Pekan Rabu,
minum nira nipah,
makan emping kerabu.

Tapi ada lagi sebuah lagu khusus tentang Pekan Rabu, dicipta oleh A. Ali juga dan dinyanyikan oleh penyanyi yang sama dengan lagu 'Mai cek oi cek mai'. Penulis liriknya aku tak ingat. Tapi rasanya orang Kedah jugak.

Lagu 'Pekan Rabu' dia mula dengan dialog lebih kurang macam ni:-

Haa Jom! Jom! Jom ramai-ramai kita pakat pi Pekan Rabu. Di Pekan Rabu semua ada....

Sapa boleh perhabis lirik lagu tu?

Anonymous said...

Radio Kedah ada dok main dak lagu2 macam ni la ni? Rasanya depa kurang mainkan kot. Sebab aku dok luaq kedah lagi la tau tau lagu tu...

Member2 Yang Dihormati..

luahan. .

u r invited

Kembalilah lagi, Ramadhan !



Frenz Media