Saturday, August 20, 2011

Bapa hilang di bukit

Bapa hilang di bukit
Semoga yg hilang akan kembali semula..
Bersabarlah .. pada yg menanti.. mencari dan berdoa padaNYA..
Apa tidaknya..
Hamba Allah inilah yg meminjamkan keretanya utk..
teman bawa berjalan/ronda2 ziarah ahli keluarga baru..
 pada mula perkahwinan teman dulu..
Cikgu Azmi atau lebih mesra dgn panggilan Bang Cik Syed..
Seorang ipar yg pemalu.. pendiam.. bersopan perwatakkannya..
Keluarga yg berasal dari Melaka.. negeri Hang Tuah sana nun..
Kalau dok kira dgn kami yg 'ghempang'.. memang bang cik akan tenggelam ..
dalam suasana..
Rupanya dalam diam .. bang cik banyak memendam perasaan..
mana lah nak tau kan.. pasai kaum puak teman bila berjumpa kira nak 'gheyoh' saja..
hhmm.. kenangan..
Semoga Allah permudahkan segala permasalahan yg timbul..
Bersabarlah Kak Cik dan anak2..


Perbezaan Pendapat adalah Rahmat!

Pemilik salun songlap RM1.6j

Sepatutnya boleh juga diberikan pingat pada puak2 yg bijak ni..
Sudah 'mangli' kita dipaparkan tentang kes penipuan yg sewaktu dgnnya kan..
berlaku dan terus berlaku.. MANGSAnya?
bukannya kecik budak.. dan juga bukan orang yg tak bersekolah..
Pi mai pi mai .. asyik dok kena tipu jugak..
Kerajaan dah beri peluang utk melabur dan terjamin lagi.. ini dak..dok kira nak pi kaya cepat jugak... hiiss..
Pemilik salun songlap RM1.6j

Agaknya .. beginilah ragam orang berduit ye.. bila dengar berita boleh dapat untung banyak dan segera..terus sambaq.. tak kira lagu mana dan sah atau haram..
Selagi dapat untung .. kira SAH.. bila dah kena tipu dan hilang duit baru nak sedar yg pelaburan tersebut HARAM..
Hhhmm.. yg jelas pengelola pelaburan 'segera kaya' ni..memang bijak.. apa tidaknya..
dalam dok bising ttg kes penipuan pun masih lagi ada yg tertipu..
Pun begitu.. biasanya orang yg kaya dgn menipu ni tak akan senang.. apa lagi 'tenang'..
dalam kehidupan dgn kerja buat yg HARAM ni..
Larilah.. tapi ..?
berapa lama boleh lari daa..
Perbezaan Pendapat adalah Rahmat!

Tok Sheikh..Narathiwat

Genap sudah 31 tahun Hijrah Tok Sheikh kembali menyambut panggilan Ilahi pada tanggal 20 Ramadhan hari juma'at jam 8 pagi. Kembali dgn tenang... sedang diperbaringan... sesudah mandi dan berwuduk serta solat sunat.

Masih teman ingat dimasa kanak2 (~9 thn).. ketika sedang menjala ikan dekat parit depan rumah..
beliau datang menziarahi sepupunya (Tok Jaq). Kemudian teman dipanggil utk duduk bersama mereka dekat beranda rumah ditepi pintu rumah tengah.

Budak baik.. mana lah nak tau pasai apa kan.. duduk je lah kat sebelah dgn penuh sopan dan segan..
Ye lah..bagi budak2..menjala ikan tu dah satu pesta.. walaupun sorang2.. main kan..hee

Masa berlalu.. bila sampai masa teman merasakan perlu seorang 'teman hidup' ..
so? call ibu (Tok Jag) je lah.. beritahu hasrat nak 'berbini'..
Call je dari jauh.. pasai masa dulu (semasa masih dikampus) cadangan pertama ..
pilihan sendiri .. kena REJECT..hee . ada hikmahnya..

Rupanya .. SubhanaAllah.. Tok Sheikh Hj Ramli menjadi bapa mertua teman..
Al~fatihah..

Isteri kaki lelaki

Isteri kaki lelaki

Kaedah bahasa yg betol adalah 'isteriku kaki jantan'..
Biasanya kalau lelaki dipanggil 'kaki betina'.. kalau disebut 'kaki pompuan' tu rasa macam bersopan sikit kan..
Kini perempuan beroperasi pulak.. rasanya tak comel digunakan kaki lelaki.. walaupun maksudnya adalah sama.. Kerja HARAM jugak.. Dibulan mulia ni tak kan masih beroperasi jugak kot..
ish3... kat mana yg tak kena nih..? Bini orang lak tu.. ? Baru kahwin lagi..? tak kan dah beroperasi?
Jenoh nak 'kena bela' kalau bini berperangai lagu ni nih..

Perbezaan Pendapat adalah Rahmat!

Monday, August 08, 2011

Rasuah orang susah???

Susulan serbuan ke gereja: Rasuah orang susah
Harus bagaimana yg sepatutnya terjadi dan berlaku???
Kenapa masih ada yg harus meminta..? Bahkan ada yg merempat juga..
Mestikah kepayahan kehidupan mereka tidak dibela?
Yg lelah itu adalah sedara seaqidah dgn kita..
Kemana peruntukan zakat utk mereka yg selayaknya menerima?
Kenapa terlalu banyak 'cekadak' utk membantu ..?
Adakah duit zakat digunakan utk menabung buat menambahkan dana aset yg telah sedia ada??
Adakah digunakan kecairan duit zakat yg masuk utk membina bangunan tinggi sebagai kemegahan?
Gah satu dunia mengenai kutipan zakat berjuta RM saban tahun..
Namun bila kes yg seumpama ini berlaku.. kita mahu menunding jari ???
Memang itu adalah 'kerja musuh'.. bagaimana kaedah dan perlaksanaan adalah hak mereka..
Nama pun dah musuh Islam.. !
YG PENTING ADALAH PERBAIKI SUSUR GALUR PERLAKSANAAN KEBAJIKAN UMAT ISLAM
dgn sempurna dan segera.
Dimana akan ada ruang musuh sekiranya kita mendahului menangani masalah umat Islam sendiri
khasnya dan non-muslim lain (yg bermasalah) amnya..



Perbezaan Pendapat adalah Rahmat!

Member2 Yang Dihormati..

luahan. .

u r invited

Kembalilah lagi, Ramadhan !



Frenz Media