Monday, June 13, 2011

Anggor Hitam...

Tak ramai yg kenal dan makan buah ini kan..
Sudah menghampiri kepupusan.. Bahkan generasi muda mungkin tak tau ..apatah lagi merasa
Buah yg dipetik dari atas pokok adalah berangkai begini..
Bulat 'oblong' gitu..

Kalau kita makan kat atas pokok maka orang yg kat bawah mesti menyumpah..haaa
Buah gheyang dot ni kalau yg hitak pekat dan berkilat tu memang enak...
Pun begitu .. bila beri kat anak2..hhmmm bukan semua yg boleh tolan...
Ontahlah..gamaknya depa2 ni dah terlebih makan makanan segera kot...
Dekat hujung2 pokok atau hujung2 julai tu memang banyak yg ranum...
tak peghaya nak gagah pi..nanti luruh sekali dgn buah gheyang dod tu lak..hee
Tapi walau apa pun lepaih juga gian nak makan dan ghagaih pokok ni..

Perbezaan Pendapat adalah Rahmat!

Saturday, June 11, 2011

Jenoh nak ligan..

16 pelatih ditahan semula
Dizaman era pemerintahan cik det ..dulu.. Ada suara dari ulamak (rasanya dari Perak) menyarankan agar penagih ini di letakkan di sebuah pulau. Malang sekali..saranan ini ditolak mentah2..bahkan keluar lagi tohmahan seolah-olah nanti akan 'mampos' sekiranya ditinggalkan dipulau tersebut. Disebalik penolakan tersebut timbul usul dan perancangan yg difikirkan bijak iaitu dgn memberikan suntikan ..??? Kononnya dibawah pengawasan.. Hasilnya?? Mereka yg terlibat dgn supply peralatan suntikan tersebut yg 'mewah' kan..? Inilah realitynya..
Terfikir juga ..kita.. berapa ramai penjahat2 yg ditahan di pulau jerjak ..yg 'jalan' pasai dok kat pulau.. ???
Rasanya cadangan dulu patut diambil kisah dan dilaksanakan.. sekiranya terjadi apa2 pun tidak akan melibatkan orang awam yg ramai kat luar.. kalau nak pandai lagi biarkan depa harungi laut...itu pun kalau tempat pemulihan tu pecah lah..
hhmm. kesian pada pihak polis ..terpaksa ligan penagih lagi..yg ada kat luar pun dah berkenjah..

Perbezaan Pendapat adalah Rahmat!

Thursday, June 09, 2011

Kuatnya pengaruh seorang HAWA

Pekerja Vietnam, Bangladesh bergaduh rebut wanita

HHmm.. Hebat sungguh pengaruh seorang wanita kan..
Itulah kaum hawa... Nabi Adam pun menung seketika bila nampak sepasang burung tak kala saat awal kejadian semasa disyurga.
Sehingga Allah menjadikan Hawa sebagai teman Nabi Adam.
Itulah kaum ibu.. kakak2.. adik2...
Teman menyayangi kalian semua..
Tapi tersalah langkah..kaum wanita boleh merosakkan bukan saja kaum,
pemimpin bahkan sebuah negara..
Okay.. berbalik kita kepada perbincangan asal..
Gamaknya kaum pendatang ni pun 'gersang' .. ye lah..dari jauh datang..
'Posa' lama lak tu.. Kuliah agama dan makanan rohani sangat sedikit..
apa tidaknya..kerja bagai robot..bahkan amalan agama pun sukar dik masa kerja..
Tersilap bersiul pun jadi masalah..hee hee

Perbezaan Pendapat adalah Rahmat!

Thursday, June 02, 2011

Tak habih2 lagi ka..?

30 GRO diberkas di Kelab "Ala Istana" di Pulau Pinang

Mukin ada yg bosan..mungkin ada yg dah muak..
tak sikit juga yg benci dgn kejadian yg sering dipaparkan seperti ini..
Kalau didapati bersalah cuma didenda RM1000.00 atau 6 bulan penjara.
atau ke22nya sekali.!
Nilai begini adalah 'celah gigi' sahaja utk 'toke' atau jerong besaq..
Kenapa tidak dihalau balik ke negara asal dgn perbelanjaan ditanggong oleh toke2 besaq yg terlibat?
Awatnya? payah sangat ke nak kenakan undang2 yg ketat begitu?
Simpan dalam penjara pun buat habihkan bogheh saja..membazir dan tak mendatangkan faedah langsong.!!!
TAHNIAH kepada pihak berkuasa TAPI memang terasa penat dan kecewa bila kerja yg tak ubah seperti
menjirus ayaq kedaun keladi.
Perbezaan Pendapat adalah Rahmat!

Member2 Yang Dihormati..

luahan. .

u r invited

Kembalilah lagi, Ramadhan !



Frenz Media