Wednesday, May 11, 2011

cari celah~celah pasir..

Dihari minggu yg lalu... Sunshine ajak pi kat pantai ..
katanya nak bakaq ayam dan jagung ..
 santailah kononnya tu.. bersama anak2.. Ok je lah..
lagipun teman memang teringin nak pi cari siput 'remis' tu..
pertama kali pergi sana tempohari cuma nampak saja ..kakak dan makcik2 dok cari..
rupanya depa dok cari siput remis.. hhmm pertama kali tengok si-remis..

Sampai je dah hampir 9am.. terus pi cari siput..
pasai dah target bila siap bakaq ayam dan jagung nanti nak rebus siput pulak..
bila dah berlalu sejam dua...melekit juga panas bahang sang suria tu..
kena pakai payung..

Ayam dah siap ..tinggai jagung pulak..dan lastly adalah si-remis..

Isinya adalah lebih besar sedikit dari 'lala'.. tak tau orang selangor atau johor panggil apa?..

Kulitnya cantik dan berbelang.. elok dibuat perhiasan..buat yg rajin lah..
anak teman yg darjah 5 tu suka. katanya nak buat perhiasan...
tapi kalau kira teman punya standard.. buang je..
nanti buat semak rumah je kalau bawak balik...

Perbezaan Pendapat adalah Rahmat!

Sunday, May 08, 2011

Aduhaii .. anakku..!

Halau bapa tegur isteri tutup tingkap

Berat mata memandang.. berat lagi bebanan bahu yg memikulnya..
Ya Allah..jadikan anak2 kami ..anak2 yg soleh dan solehah.. Jauhi mereka dari sikap2 dan sifat2 yg semakin hari semakin banyak tersebar didada2 akhbar sejak kebelakangan ini..
Hati mana yg tak sebak bila mengetahui perihal yg sebegini..
Dimasa usia emas begini memerlukan kasih sayang dan perhatian seperti dulu2..
ketika anak2 dibelai seperti menatang minyak yg penuh..
Bukan salah ibu mengandung.. tapi itulah hakikat yg mesti diterima akibat tersalah asuhan ..
NAMUN.. buat renungan bersama..
adakah ini balasan terhadap kesalahan si-bapa..?
maybe!? di zaman muda2 dulu pernah menderhakai ibu bapanya sendiri?
siapa tahu? inilah balasan.. sebagai penghapusan dosa sekiranya bersabar dan bertaubat..
Wahai si-anak..? jgn jadi seperti sitenggang.. Kau sebagai lelaki dan ketua rumah tangga..
harus bijak dan sedar bahawa syurga itu terletak dibawah kaki ibubapamu..
Malang sekali sekiranya kamu memiliki bini .. sekiranya tidak tahu menghormati kedua ibubapamu..
kena didik bini tu dgn ajaran agama yg sempurna.. bukan sekadar nak 'syok' saja..
DAN.. benarkah berita ini?
berita cuma dari sebelah pihak pula tu..
tidak adil sekiranya kita terus menjatuhkan hukuman sebelum meneliti berita dari pihak sebaliknya..

Perbezaan Pendapat adalah Rahmat!

Saturday, May 07, 2011

Berita kematian Osama atasi perkahwinan diraja

Berita kematian Osama atasi perkahwinan diraja

Secara peribadi.. teman memang tak hingin pun nak tengok upacara perkahwinan tu..
Apa tidaknya.. dah tak 'fresh' lagi dah... kalau macam Lady D dulu terasa juga macam memasuki alam perkahwinan
pasai masih lagi muda .. dan tak de lah 'terhegeh-hegeh' dok kehulu-kehilir bersama tak kira siang dan malam..
Itu pun mendapat liputan seluruh dunia.. termasuk tv kat negara kita siap buat siaran langsong lagi...
hiisss .. sedangkan Formula 1 siaran tertunda pun tak dak .. haaii.. separuh geram gak nihh.. semuanya dikebas astro je..
Semua rumah kat negara kita pasang 'belanga' tu ke..? hhmm.. Rakyat didahulukan.. alahaiii..

Perbezaan Pendapat adalah Rahmat!

Thursday, May 05, 2011

Tak Kenal Maka Tak Cinta.. Boleh pakai ke?

Sejajar dgn berita kematian Osama Ladin yg di-war-warkan .. Terpampang tajuk utama ttg kematian siswi UKM. Kedua-dua adalah bermotifkan cinta.. satu menolak cinta buta dan satu lagi menolak cinta kerjasama dgn golongan kuffar demi menindas umat Islam seluruh dunia..
Kebenaranya .? hanya Tuhan yg Maha mengetahui.
Kenapa harus membunuh?
Jalan pintas menyelesaikan masalah?
Yg tentunya mengikut undang2 sendiri kan..
Undang2 sendiri bertuhankan setan laknatullah pada yg bernama MUSLIM.
Kepada golongan kuffar pulak ..? yahudi dan nasrani?
Memang itulah kerja mereka .. menghancurkan Umat Rasulullah SAW
Terserah kpd kita samada mau sedar atau tidak.. ataupun mahu lagi bersekongkol bersama mereka dan yg sewaktu dgnya..
Kpd adik2 dan anak2 dan anak2 penakan..
Kelebihan dan kebijaksanaan yg dianugerahkan sehingga ke menara gading jgn-lah diabaikan .
dik kerana sedikit cinta buta..
dik kerana pelaburan yg diberikan menantikan balasan yg setimpal dgn ..?
pelaburan yg ditaburkan..
Aduhaiii.. ! insan yg dewasa ..
yg boleh dipanggil ayah.. tok sah lah dok ambil kesempatan dgn kelemahan kaum hawa ini..
ingatlah..
kita bukan nak menungkat langit..!
yg pastinya kehidupan kat dunia ini akan sampai ke..penghujugnya..


Perbezaan Pendapat adalah Rahmat!

Wednesday, May 04, 2011

Habaq Mai Naa.: Tak Yah Solat..

Habaq Mai Naa.: Tak Yah Solat..: "Tok guru tersesat dan menyesatkan orang lain.. Kesiannya...disaat usia meniti senja..tersalah langkah... Selagi bernaung dibawah Ugama Islam..."

Perbezaan Pendapat adalah Rahmat!

Habaq Mai Naa.: Salam Perkenalan buat semua

Habaq Mai Naa.: Salam Perkenalan buat semua: "Sekadar memenuhi permintaan datin utk meraikan anak sedara balik ke Mesir melanjutkan pelajaran setelah terbantut buat seketika akibat pergo..."

Perbezaan Pendapat adalah Rahmat!

Tuesday, May 03, 2011

JAWAP LAH.... ADA KE SALAH SATU ANTARA NYA...?

Teman cuma copy & paste je dan letakkan photo sekadar hiasan.
Tak de tambah apa2 pasai perkara yg dibincangkan dibawah ni...
bukan semuanya bersetuju dan tak menolak semuanya..
17 SEBAB WANITA LAMBAT KAWIN

1. Tiada pegangan ugama langsung - lelaki akan mencari wanita yg mempunyai asas agama sebagai isteri tetapi mrk suka wanita yg tiada agama sebagai gf

2. Terlalu tinggi

3. Cantik tetapi tidak menarik

4. Cantik tetapi tiada karisma sebagai isteri/ibu

5. Terlebih solek

6. Terlebih umur

7. Terlebih kaya

8. Pendidikan tinggi

9. Terlebih sosial

10. Tiada pekerjaan tetap

11. Pembohong

12. Fashion terlalu branded

13. Gemuk / Badan Saiz besar - lelaki kurang berminat dgn wanita

14. Kuat merajuk

15. Banyak cakap

16. Banyak Penyakit

17. Selalu naik angin / pemarah Jangan marah ini adalah kenyataan hidup skrg.

Kalau x percaya cuba tengok diri sendiri terutama yang dah berusia tapi lum kawin, pasti salah satu sebab di ats ada pada diri kitaAkhir sekali apa-apa pun sikap wanita , lelaki saja yg berkuasa menentukan nak kawin atau tidak . Hebat atau cantik macam manapun kalau lelaki tidak berminat dia tidak boleh buat apa-apa .

Thank you and regards,

RAHIMATUL AIZAMIAH CHE' RAHIM @ MIA

Member2 Yang Dihormati..

luahan. .

u r invited

Kembalilah lagi, Ramadhan !



Frenz Media