Tuesday, December 14, 2010

Betik Telinga Gajah

Sekali pandang.. dua kali pandang pun masih lagi dok nampak daun yg lebaq ni adalah daun pokok hutan liar.. Sesekali macam daun yg digunakan utk balut 'tempe' je..
Entah baka dari mana pun tak pasti.. Lagu ni punya besaq daun pokok ni.. Lebar dan berlainan corak dari kebiasaan pokok ni..

Kata kawan .. kalau ambik sehelai pucuk dah boleh penuh pinggan..hee .. buat ulam lah tu..
Tanya tuan rumah..  apa punya nama pokok betik ni..  daun lebar semacam je.. lain dari yg lain2..
Jawapan lagu selalu lah..hee . Orang bagi..then biji tu main campak saja kat situ.. nama? jenih baka?   0-0.. Ada sesapa yg tau nama/baka bolehlah berkongsi ye..
So ..? oleh kerana nama masih kabur.. dengan ini teman secara resminya memberikan nama 'Betik Telinga Gajah'.. pasai daun lebar seperti telinga gajah.
Yang ni masak/matang lagu selalulah dan rasanya pun biasa2 jugak..

Berjumpa lagi pada N3 seterusnya ttg dimana boleh didapati betik2 ini.
Semuanya adalah F.O.C. utk yg nak tau & berminat jelah..
InsyaAllah

Monday, December 13, 2010

Betik Raja Vs Betik Telinga gajah

Memang inilah kali pertama teman jumpa betik yg buahnya 'kala' kuning. Dari muda kecik hinggalah besar matang . Warnanya tetap kuning.. Tanya tuan rumah dan anak beranak pun depa tak tau.. So teman "dengan rasminya memberikan nama *betik raja*" pasai kuning nya tu.."
Dari sumber tuan rumah..bila masak warnanya akan mejadi kemerahan.. rasanya? tetap juga sama seperti buah betik yg lain..

 Sesapa yang tahu nama sebenarnya betik ni sila 'habaq mai naa'.. tapi kalau tak tau tu kira betik raja je lah..
pisang raja dah ada kan..heee

Buah 'menghendoh' dan mudah dicapai tangan.
Betik Telinga Gajah akan timbul pada N3 seterusnya.
InsyaAllah..

Friday, December 03, 2010

Sepetang dihari lembaran..

Petang hari lembaran aidil fitri yg lalu .. semasa dalam perjalanan balik dari menziarahi bapa saudara di Merbok , Kedah. Kami melintasi kawasan sawah padi atau bendang.. Kelihatan mesin membajak tanah 'kebota' sedang rancak mejalankan aktiviti..
Teman memperlahankan kenderaan utk anak2 melihat dari dekat aktiviti yg sedang dikerjakan.. mereka teruja melihat.. "perak" (bukan Perak tapi e tu adalah e tanda)..
Teman lihat biasa saja cuma timbul gian nak pi turun ikut belakang kebota tu ..untuk serkap ikan...hee best tu...sambil buat kerja ..ikan pun dapat..rezeki depa..
Cabaran pembajak ini adalah bilamana sampai dikawasan yg dalam atau berkubang akibat dari peninggalan mesin penuai padi..
Anak2 menjerit seronok bila melihat kebota tu terangkat roda depan.. hee mengalahkan mat rempit... mereka gelak kesukaan dan minta bro. tu buat lagi sekali... depa ingat benda tu main suka2?.. hee
Yang menumpang kebahagian dari kerja bajak ni adalah burung2 rasanya 'bangau putih' ..banyak sekali datang mencari rezeki yg terhidang ... bila dah siap membajak..apa tunggu lagi..bertolak balik lah..ada rumah yg mahu diziarahi lagi...
p/s-petang raya ke2 orang dah kerja kami masih lagi merayap..hmm..ziarahkan!
Perbezaan Pendapat adalah Rahmat!

Wednesday, December 01, 2010

Pokok Pak Ngah

Jalan-jalan dok lihat (belek2)..dalam banyak2 pokok yg dipamerkan.. teman ternampak satu pokok yg ditulis Lavender.. Hee
Tak tau pulak yg pokok ni namanya.. lavender
Bunganya kecil dan berwarna purple dan daunnya hijau pekat.. macam daun plastik lak gayanya..
Cantik tak pokok ni..? daunnya..bunganya.?.. Apakah namanya kat kampung kita ?
Pokok ni pulak daunnya cantik berwarna merah tapi sayang takdak any papan tanda kat situ..

Dok belek2.. rasanya daun muda berwarna merah dan bila setengah matang bertukar hijau gamaknya.. bunganya kecik saja dihujung /pucuk tu kan..
Perbezaan Pendapat adalah Rahmat!

Member2 Yang Dihormati..

luahan. .

u r invited

Kembalilah lagi, Ramadhan !



Frenz Media