Monday, November 29, 2010

Kenangan berdarah...

Orang ramai..tua muda berkumpul ditempat yg dikhaskan..
Kanak2lah yg paling suka dan memeriahkan suasana..
Langkah pertama mesti rebahkan binatang ternakan..tarik kakinya , mesti tumbang..

Setelah kaki tangan dan kepala serta badan diikat..pegang..pijak..agar tak terlepas..hmm
Sentuhan mata pisau/parang memulakan sembelihan.. daun digunakan utk elakan darah dari terpercik pada sukarelawan..

Selesai sudah peringkat pertama sembelihan kurban..Alhamdulillah

Kerja melapah kulit dari dagingnya..

Siap..daging diasingkan dari paha yg bergantungan..

Kaum ibu membantu meramaikan majlis..cepat selesai..
Hati2 tangan tu..jgn jadi seperti kes Nabi Yusuf dulu pulak...terhiris  tanpa disedari kerana wajah yg kacak..
Senang dan cepat..tak yah dok kapak2 lagi tulang tu..pakai machine je.. tak lenguh bahu lagi..
Moga ibadah kurban dan kerja maufakat di terima Allah sebagai amalan yg menambah ketaqwaan!

Thursday, November 25, 2010

Aduhaiii..

Aduhaii..sayunya hati bila terbaca kisah yg berlaku.. tak kan sampai begini sekali melaratnya 'kemanusiaan'...Tak kan dibiarkan sampai begitu.. tak kan tak ada badan yg bertanggung jawab.. utk menangani masalah yg dihadapi penduduk...
Aduhai..sayu..kesian..simpati.. tapi seribu persoalan timbul.. sampai begini sekali..? uhhh..tak dapat dibayangkan.. bagaimana siwanita malang ini boleh tinggal tanpa seurat benang sedemikian rupa...aduhai..
Aduhai.. tamadun kemanusiaan dah meghampiri kepupusan?
Perbezaan Pendapat adalah Rahmat!

Monday, November 22, 2010

Ikut nafsu..Puaslah hati?

Hati dan akal yg bertuhankan nafsu amarah.. Keegoan mengalahkan setan.. Hidup penuh hipokrit..
Lupa bahawa isteri yg diambil dari keluarga menjadi SAH adalah dgn kalimah Allah.. Menjadi isteri bukannya menjadi hamba abdi seumur hidup.. Segalanya hanyalah pinjaman bersama tanggung jawab yg diamanahkan.. Dendam kesumat bukan lah jalan penyelesaian kepada masalah ..akan tetapi menampakkan ke'dungguan' individu terbabit dalam menangani masalah suami isteri..
Puaslah hati? bila dapat melempiaskan perasaan dgn menggantung tak bertali..?
Dan bila terjadi perkara2 yg tak diingini seperti 'makan luar' dan teramat malang sekali sekiranya ada yg sampai murtad..Minta dijauhi Allah . Siapa yg nak bertanggung jawab?
Wahai kaum hawa! Laa ni kena lebih berpendidikan ttg hal ehwal berumah tangga..
Kena tahu yg tanggung jawab si suami sekiranya diabaikan dalam bebarapa tempoh (sesetengah negeri 4 bulan saja) boleh apply 'pasakh'.
Dan yg 'ter"menjadi' masalah juga adalah Mahkamah Syariah...
Nak kata pun tak kena..tak sebut pun tak kena..
menangani masalah insan terinaya seperti kaum ibu ini ..seperti siput je ..perjalanan kesnya..
silap2 pengadu dah siap kena sepak terajang lagi..kes pertama belum juga selesai..
Buat isteri malang.. cintailah Agama kita lebih dari mencintai perasaan sendiri..
Sikap berpatah arang hanya akan membinasakan diri sendiri..
Insaflah..dan kaum adam yg bersikap 'durjana' tak akan terlepas dari balasan Allah swt.
Kena sedaq juga bahawa 'nyawa' kita ni pun pinjaman sahaja..
ingat berkali-kali bahawa kita adalah HAMBA ALLAH.

Saturday, November 20, 2010

Payu Teruna

3 lelaki hidap barah payudara
NUSAJAYA: Seramai tiga lelaki di Johor dikesan menghidap barah payudara dalam tempoh Januari hingga Oktober lalu yang menjadikan bilangan keseluruhan lelaki menghidap penyakit itu seramai 28 orang sejak 2004.[+]

Peringatan utk kaum lelaki..okay
Jgn dok pandang sebelah mata..terutamanya kaum adam yg pro-hawa atau lebih dikenali dgn panggilan pondan dan mak-nyah. Nyah ini kalau dalam bahasa ibunda teman bermaksud halau... 
Meaning..kaum mak-nyah ni adalah kaum yg dihalau oleh mak (ibubapa)
Eh.. sorry melalut pulak kesitu..
La ni kita kena pandang dua belah mata noo.. 
kaum adam amnya dan kaum hawa khasnya lagi2lah kena take~care!

Tuesday, November 16, 2010

Korban Gantung..

Bukan salah ibu mengandung.. 
 Kontraktor edar heroin dihukum gantung
KOTA BHARU - Seorang kontraktor Kelas F hari ini dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini kerana kesalahan mengedar dadah jenis heroin, September tahun lalu. 
Kenapalah jadi lagu ni..? Semua orang dok sebok dgn sambutan hari raya qurban.. tapi sekoq ni terkorban dijalan yg sengaja dipilih walaupun dah tau salah lagi haram.. Harus ada simpati? NO!!! Jgn sekali-kali terlintas walaupun sekelumis lalu .. Spesis yg seumpama ini sememangnya tak layak hidup kat atas bumi ini.. kalau bijak pi lah cari bumi yg lain..
Kerana dia berapa ramai anak2 watan terutamanya yg menjadi bangkai bernyawa.. hidup segan mati tak mahu
Kerana dia berapa ramai yg membunuh ibu bapa dan sedara sendiri kerana ketaqih benda haram tu..
Kerana dia berapa ramai anak2 jadi mangsa..berapa ramai para isteri jadi mangsa samada penginanyaan atau HIV..
Kerana dia bertambah kembang mekar cawangan MLM penagih baru dan tegar.. 
Bagaimana dgn jumlah penghuni di pesat serenti dan sewaktu dgnnya..bukan berkurang bahkan bertambah dgn pesat mengalahkan indek pasaran saham antarabangsa..
Mereka ini hidup dgn menghisap darah anak bangsa sendiri selalunya dan menghapuskan tamadun manusia dgn jijiknya..

Sunday, November 14, 2010

Bersyukur banyak ..

Memang menginsafkan buat yg mempunyai hati dan perasaan.. bertapa kita... Ya Allah .. kasih Mu sangat luas... buat kami hamba yg selalu lalai dan alpa..
Mengharungi lautan sampah? demi rezeki yg halal adalah terlebih baik dari menganggur apatah lagi terbabit dgn kerja haram atau haram-jadah.. sama saja kan..
Yang terlebih malang lagi bila terpaksa dibunuh (ditembak pihak berkuasa) dalam usaha kerja buat yg haram.. Malang sungguh..

Perbezaan Pendapat adalah Rahmat!

Thursday, November 11, 2010

Senget dan cemas?

Selalu terjumpa dgn tangan2 yg meminta.. menadah .. mengharapkan simpati pengunjung pasar malam ataupun pasar disiang hari.. Samada mereka ber'gerak' secara solo maupun bersama anak kecil.. Berapa ramai yg menghulurkan bantuan sekalipun sekadar beberapa keping duit syiling.. Selalunya kita akan lebih terbayangkan kepada kes2 penipuan yg dilakukan oleh segelintir spesis yg tak bertanggung jawab..namun yg betul2 memerlukan tetap juga ada.. dan sentiasa ada.. 
Kadang2 kita berlalu melintasi mereka yg memerlukan sedikit bantuan dari yg lebih ber'ada'.. tanpa ada rasa bersalah ataupun rugi kerana tidak memberikan kepada yg meminta..!!!
Bayangkan sekiranya ketika dalam keadaan bersenang lenang.. kapal yg yg kita naiki ditimpa badai dan senget menanti tenggelam dilautan yg luas.. Apa yg terlintas ketika ini? Sudah tentu tiada lain melainkan 'kematian' kan.. sudah tentu dgn senang hati mahu memberikan seberapa banyak yg ada sekiranya terdapat tangan2 yg meminta dikala itu... 
Perbezaan Pendapat adalah Rahmat!

Gaduh betul-betul

Adegan gaduh betul-betul
Elok juga tu.. dah alang2 berlakon kan.. biar lah yg real punya..
hhmm.. Lawak3.. bila akai dah jatuh kelutut..depa tak kira kat mana dan bila.. kesian..
Nasib tak keluaq silat kuntau ke.. Kalau tidak tentu lagi ramai ..

Monday, November 01, 2010

Batok dan batuk

Sudah 3 minggu teman sangat keberatan dan rasa begitu saghat utk melihat blog sendiri dan apatah lagi nak menjengok ke blog2 kawang2..(ampon maaf buat semua..)
Makan kureng selera..akibat batok yg bertali arus.. terutamanya pada waktu malam..
Jumpa Dr pun..ubat nya lebih kureng sama je..fuuhh..
maaf rakan taulan semua kerana teman benar2 tidak berkesempatan utk menziarahi kalian semua...
Perbezaan Pendapat adalah Rahmat!

Member2 Yang Dihormati..

luahan. .

u r invited

Kembalilah lagi, Ramadhan !



Frenz Media