Sunday, October 24, 2010

Jiranku..

Jiran yang baik dan saling berkerjasama.. hormat menghormati.. bantu membantu dikala senang dan apatah lagi diwaktu susah.. Jiranlah sedara yang paling dekat utk diharapkan..
Kesenian mencipta..tapi salah tempat?
Adat kata memang membahagiakan sekiranya bersama keluarga yg aman dgn jiran yg sangat memahami..
Tapi kalau dah lagu ni..? ish3..nak kira lagu mana nih..
Perbezaan Pendapat adalah Rahmat!

Friday, October 22, 2010

E2..

Malam tadi (21/10/2010 * 10:50pm) masa dok tengah menjengok ke blog kawang2,
teman terima sms dari anakanda (kakNgah). Terasa rindu pulak pada kakNgah.
Yelah dok sorang2 ..yg lain semua dah mimpi..hee
Terfikir utk berkongsi kata2 hikmah bersama rakan2 yg lain..

Jadilah yg tebal e2 iman,
Yg nipis e2 lidah,
Yg tajam e2 akal,
Yg lembut e2 hati,
Yg ringan e2 solat,
Yg halus e2 suara,
Yg luas e2 ilmu,
Yg manis e2 senyuman,
.. senyum selalu tak rugi pun,
   xbayar pun..
   dapat pahala lagi  :-))

Senyum je tau.. bukan songeh naa..
Mesej sms tu teman rasa dah cantik.. tapi..
singkatan perkataan tu ..ok ke? kreatif ke? Kalau dah sahari sejuta sms dihantar..
bagaimanakah dgn perlaksanaan bahasa yg benar2 betoi dalam exam nanti?
SRP (disengajakan) ke? SPM ke?
Tak tershasul ke.. bagaimana para cikgu2 sekeliang..
Hhmm.. Ooo..bahasa ibundaku ...
Perbezaan Pendapat adalah Rahmat!

Thursday, October 21, 2010

Cantik tapi..

Suatu petang hari sabtu 2~3 minggu yg lepas.. biasalah jemputan, teman pergi ke Rantau Panjang..
Rumahnya kenalan rapat isteri dan juga bekas school mate-nya yg lama dah tak jumpa.. 
Dalam perjalanan balik kami melintasi sebatang jalan yg ditanam sejenis pokok (ntah apa nama..siapa tahu?) sepanjang jalan tu nampak cantik bila bunga merimbun kekuningan .. 

Memang cantik.. akan lebih cantik dan menarik lagi sekiranya susun galur pokok itu dijaga dgn baik..

Dah jadi tabiat gamaknya.. bila nampak cantik semuanya kira nak petik.. ambik je.. (sikap orang pompuan kot.. hee..) wal hal semua tu nantinya buat semak dalam keta saja.. 
p/s-ada duri2 kecil berhampiran pangkal bunga tersebut.
Perbezaan Pendapat adalah Rahmat!

Wednesday, October 20, 2010

Kalau dah rezeki ...

Inilah yg dikatakan udah rezeki mereka kan.. Sapa sangka? Kuasa Tuhan..
Having a child born on 10/10/10 is pretty cool, but having that birth follow two others on 8/8/08 and 9/9/09 — that's got to be impossible, right? So is 11/11/11 in the cards? Both Sopers are quick to say no.
"Definitely no," Barbie Soper earlier this week. "We wanted three and I'm glad we have that."
Perbezaan Pendapat adalah Rahmat!

Monday, October 18, 2010

Nyok Muda..

Pada hari raya (ke 4 kalau tak silap)..teman (3 keluarga) telah menziarahi di sebuah kg di belakang Tandop..(pinggiaq bandaraya Alor Setar) Rumah dikelilingi sawah bendang dan nampak seperti sebuah pulau dgn dikelilingi pokok kelapa.
Sayup atas pokok kelapa sana nun..
Bila sampai di kawasan rumah tersebut.. teman sempat berbual dgn seorang jejaka yg kerjanya mengambil nyok muda dan menjualnya.. Hee hee ..segan juga dgn dia pasai "orang dah bekerja kami masih dok beraya lagi ..haa" 
Lebih tinggi dari tiang electric tu haa.. gayatt..!
Kegigihan orang muda tu memang patut disegani dan bukan semua orang boleh dok pi menghagaih pokok nyok tu kalau tak dak ilmu. Bukan senang nak turunkan buah nyok muda tu. Nak kena tahu yg mana ada isi lembut dan yg mana "mumbang" saja..
Tanpa baju..sexy..?
Entah apalah ilmu yg dipakainya.. elok2 saja masa dok besembang dgn pakaian lengkap (berbaju dan berseluar jeans) tapi bila nak naik tanpa baju? Lojik akai teman...!@#%. nanti badan bercalaq.. semut..boleh luka dsb nya....ntahlah mulut terkunci tak leh nak tanya..haa lagi pun dia dah sampai atas..kejab je.
buah (semanyang) masih tergantung dekat dgn tanah tu haa..
Sebiji buah nyok yg diturunkan dibayar pada tuan rumah antara 7 ~ 8 kupang. Pada lah dgn kepayahan yg diusahakan sekiranya buah itu dijual dgn harga RM1.50 hingga RM2.50 . Kalau nak makan nyok muda  dgn harga yg lebih murah kena lah panjat sendiri atau jolok saja (utk pokok yg rendahlah). 
Tapi kita ambil lah sikap saling membantu sesama kita dan sumbangan kita secara langsong menambahkan kitaran pusingan modal ekonomi negara.Perbezaan Pendapat adalah Rahmat!

Thursday, October 14, 2010

Tak yah dok timbang2..

Apa punya pandai .... hai memang masalah besau ni...
Kenapa masih lagi dipertimbangkan ? Tidakkah ia merupakan satu penghinaan kepada masyarakat kita ..
yg mencintai nilai harmoni dan mengikut naluri kemanusiaan yg baik..
Apa lagi kepada masyarakat Islam.. sebagai negara Islam..sebagai agama rasmi..?!
kenapa harus dipertimbangkan kemasukan si-penggemar naluri songsang ni..?
Opp..! pi main jauh2..jgn mai sini..
Awat? baguih sangatkah kalau dibawak masuk spesis2 yg lagu ni haa?
Kaum hawa yg Allah jadikan dah terlalu istimewa kecantikannya.. masih tidak menarik hawa perhatian?
masih dok berkenan dgn kaum sejenih..? Apa punya akai la...
Haiwan pun tak 'bercinta' dgn yg sejenis apa lagi nak *.*.*.* hiisss..
HARAM kan saja kaum sejenih begini dari menjejaki kaki ke tanah air kita..
Jgn sampai bala tuhan turun bertimbun-timbun.. Masih butakah kita dgn malapetaka yg melanda diseluruh dunia dan Malaysia sendiri..

Perbezaan Pendapat adalah Rahmat!

Wednesday, October 13, 2010

Bengkang ubi & kasih ibu..

Diwaktu usia awal persekolahan .. teman selalu disuruh menjaga api bila ibu masak bengkang ubi..
Biasanya bengkang ni dimasak dalam periok ..dan diletakkan api yg sederhana besarnya.. disebelah atas periok diletakkan bara api yg dinyalakan dari sabut kelapa..
Sambil dok main pun boleh tolong tengok2kan .. bila dan hampir masak baunya memang harum.. dan biasanya ibu akan cucuk bengkang tersebut samada dgn bilah buluh kecil atau sudu.. hee hee biasanya ibu tak kan benarkan kami (para junior) 'test'.. nanti tak masak dalam lah..tak masak atas lah.. ada jelah alasanya ..hhmm
Pada Ramadhan yg baru berlalu .. semasa berbuka di masjid berdekatan teman ternampak 'bengkang ubi'.. seperti yg dimaksudkan..
Perut lapar..  hati terkenang kisah lama.. warna yg kekuningan keemasan memang sedap mata memandang.. Terasa manis ..lemak.. masin nya walaupun belum berbuka.. hee dugaann..
p/s- La ni ada lagi ka yg dok pi perasap lagu tu..? Ini nak kena tanya kakG, kakcik dan kakak2 serta makcik2 yg lain laa kan.. hee
Perbezaan Pendapat adalah Rahmat!

Monday, October 11, 2010

Kotak Hite..

Mana KOTAK HITAM?
Dulu ..dah lama sangat dah..dok gah dgn usul nak laksanakan penggunaan kota keselamatan ni..(kotak hitam) di setiap bas espress. Kononnya bas tak boleh dipandu over speed..
Kenapa tidak boleh dilaksanakan? Adakah melibatkan biznes jerung2 besar?
Mungkin juga polis peronda kena ada kat hi-way ni.. tak perlu ada hanya musim perayaan saja..
Atau system cctv nak kena dipasangkan secara aktif sesepanjang hi-way ..?
Pemantauan juga mestilah dibuat secara terus bukan sekadar pasang dan menjadi perhiasan saja..

Perbezaan Pendapat adalah Rahmat!

Sayang bini..

Perpatah berbunyi " sayangkan isteri tinggalkan. sayangkan anak tangan2kan.." Hhmm..ntahlah adakah kata bidalan hanya tinggal kenangan..? Payah nak dirungkaikan.. apa tidaknya.. nak tinggalkan lagu mana? Itulah satu2nya jantung hati (kalau ada sorang lah..) Penyeri hidup .. buat semangat walau kat mana berada.. Itulah isteri atau bini..
Beginikah yg selalu diungkapkan sebagai "sehidup semati".. kemana saja sentiasa ber'couple'..
kelautan api sanggup ku renangi..?
Atau macam ada plan lain je nih... (nak kawin muda kot nih..") ..hhmm..
p/s- bersyukur pada kebahagian yg sedia ada..
- Senang dgn suami walaupun tak semewah orang mewah..
- lega pasai tak perlu menempek dgn suami seperti di atas..
- isteri adalah kunci utk "rumahku syurgaku"..
Perbezaan Pendapat adalah Rahmat!

Wednesday, October 06, 2010

Halau balik ...

Hujan emas di negeri orang.. hujan batu di negeri sendiri.. tentu syok lagi negeri orang kan..
Masuk kandang kambing mengembek.. masuk kandang lembu mengemboohh.. masuk kandang rimau? nak mengaum? awat dah tera sangat ke nak mengaum tu.. agak2 harimau2 yg ada lari lentang pukang ke.. pengsan belaka ke..? Namun ..demi mengejar impian ..mencari rezeki..mereka sanggup menempuh perjalanan bahkan kadang2 datang dgn mebelah lautan samada secara halal atau haram..
 Mahkamah perintah warga Indonesia diusir kerana menyamun 
Sepatutnya berita sebegini diwar-warkan hingga keseberang agar gelombolan puak2 bendera yg asyik nak berperang dan merusuh di kedutaan negara kita di seberang.. agar dapat melihat dan menyedari ..menginsafi keadaan rakyat sendiri.. sudahlah merantau tapi tak tau menghormati norma2 kehidupan dan undang2 negara kita.. Sapa nak tanggung kehidupan dalam penjara (bertahun-tahun  lak tu)..nanti..? Sapa yg nak bayar kos hantau (usir) balik nanti..? Boleh ka dipastikan yg depa ni 'tak timboi' semula kat tanah air kita? Biasanya puak2 lagu ni depa cukup arif tentang mana2 'lubang' utk keluar dan masuk melepasi sempadan..?!.mat!

Sunday, October 03, 2010

Ku Harap Panas hingga ke Petang

Anak rakan yg menikah pada 2/10/2010 
 Mahligai Rita, Aidil goyah
Masih lagi segar dalam ingatan tentang perkahwinan teman..tup2 tadi terbaca berita (boleh dikira malang laa) bila mana masalah rumahtangga melibatkan orang ke tiga maupun keempat..Orang ketiga yg dimaksudkan adalah news serta sedara mara jauh dan dekat.. Sepatutnya semua pihak kena memikirkan hasil pernikahan mereka..iaitu anak kecil yg masih belum tahu apa itu 'asam..garam..manis..pahit' alam berumahtangga.. Kalau diikutkan bahasa member..memang dah bersembur ceramah..tapi memandangkan sahabat2 pungunjung dari pelbagai peringkat umur ..tentunya lebih arifkan..
Payah ka nak memaafkan keterlanjuran anak menantu kita?
Terasa hina ka kalau menerima menantu seadanya..sekalipun sakit mata memandang.. Almaklumlah artis..(lakunan mereka mmg selalunya melanggar syariat) tapi sudah menjadi pilihan dihati anak kita..? Dah tergedik-gedik nak sangat .. nak buat lagu mana? Zaman laa ni.. bukan zaman dulu (zaman tok nadoq) ..TerAMAT betuah sangat mereka kawin luar negara atau kawin lari atau sewaktu dengannya.. DARIPADA MEREKA BERZINA !!! Ini lagi bala petaka. Kena pakat muhasabah dgn tenang.. Hidup ini bukannya kemana pun kalau dok kilik keEGOan tu... Buat naik tekanan darah dan mempelawa penyakit datang je..
Semoga mendung berarak lalu..
Perbezaan Pendapat adalah Rahmat!

Member2 Yang Dihormati..

luahan. .

u r invited

Kembalilah lagi, Ramadhan !



Frenz Media