Pejabat yg cantik.. kaunter yg senang mata memandang.. pelanggan ada tak sampai 5 orang menunggu..
Tepat jam 12.04pm teman ambil nombor giliran seperti yg diarahkan..
Tunggu punya tunggu..sambil baca news paper..
siap boleh tidoq2 ayam (mau ada 1/2 jam) lagi...
Sambil dok tunggu .. teman do peghati sikap depa yg bekerja tu.. Yang kat dalam boleh masuk keluar dan memandang 'customer' dgn endah tak endah sahaja..
Kot la nak ambil inisiatif utk bertanyakan apa yg beloh dibantu,, sedangkan kita yg menunggu 'tercangot' kat kerusi menunggu..
Apa..?
Depa ingat kita hanya nak pi kat office depa yg cantik tu utk.. menjadi penonton gelagat mereka?
Melihatkan jam dah 12.45pm.. Fuhhh..api ada sikit jugak..mau naik..
Sabooo..!? ini dah kes mengarut..
tak kan setiap pelanggan nak kena tunggu sampai begini punya lama..?
kalau kena 20 orang yg menunggu..?
nak kena bawa tilam dan bantal lah gamaknya..?
TAK BOLEH JADI NI..!!!
Teman ambil gambar ini sebagai bukti dan hampir pukul 1pm..
Lalu teman dgn nada boring dan meluat melangkah ke depan kaunter dan menunjukkan masa tiket yg diambil tadi...
Maaf cik..(pompuan kat kaunter tu)..cik lihat tak pukul berapa saya masuk tadi..???
sambil memberikan tiket tu..
Apakah pelanggan kena menunggu selama satu jam utk berurusan..??
ini pun saya tak dipanggil lagi..dah 1 jam..
kalau nak ditunggu sampai pukul berapa..???? (nada sedikit tinggi)
begini kan cara syarikat ini melayan pelanggan..???
Saya cuba support Takaful....
memang membosankan..
dari beberapa kaunter yg ada cuma dua sahaja yg dibuka,,
Maaf encik..
nanti saya cuba dapatkan bantuan dari dalam .. kata pompuan tu..
Tak sampai satu minit.. keluar sorang utk menyelesaikan masalah teman...
BOLEH PUN....
ADA ORANG PUN....
BOLEH DISELESAI PUN ..
SEKIRANYA SIKAP MEREKA BERKERJA UTK MEMBANGUNKAN SYARIKAT..
bukan sekadar memenuhi masa berkerja sahaja..
p/s- Dalam zaman masing2 bersaing utk mendapatkan pelanggan ..
memberikan perkhidmatan terbaik...
masih ada lagi yg dok lena rupanya..
kesian..
Perbezaan Pendapat adalah Rahmat!