Thursday, January 28, 2010

STORM..

As salam..
Selamat sejahtera buat semua pengunjung..
Sedara mara..
Sahabat handai..
Rakan taulan.. & member maya..
Teman minta maaf kerana kesebokan (ISO Audit)
menyempitkan ruang utk memberikan N3 ..
juga menjengah serta tinggalkan komen kepada blog2 rakan2 semua..
Bila ribut taufan kesebokan ini reda.. kita akan berjumpa lagi ..
InsyaAllah.
Salam hormat ..
Maaf zahir batin!

Perbezaan Pendapat bukanlah Per p e c a h a n !

Saturday, January 23, 2010

Hajat..

Tiap yg hidup mesti merasai MATI..
Mau tak mau mesti akan kecapi "sakratul-maut".. (thinking about our turn)
Salam takziah buat rakyat negeri Johor diatas pemergian Sultan yg mereka kasihi..
Moga rohnya dicucuri Rahmat.
Sultan yg menduduki tahta..
meninggalkan kenangan pahit manis buat rakyat..
serta harapan yg jelas masih belum tercapai..
Yang manis dikenang sampai bila..dipanjangkan doa utk rohnya..
Yg pahit ..bersabarlah dan lapangkan hati berilah kemaafan sesama saudara seAgama..
Besar ganjaran pahala disisi Allah swt..
Patik mengucapkan Selamat Menaiki Tahta..
"Dirgahayu" buat Tuanku Sultan yg baru.. menerajui Johor Darul Takzim dgn lebih cemerlang, terbilang dan diRedhaiNya.
Gelombang baru tentunya akan dilihat dapat meneruskan harapan Allahyarham ayahanda Tuanku agar mengambil kembali 'Pulau Batu Putih' (walaupun atas kertas adalah MUSTAHIL)..
Setidak-tidaknya dapat mengekalkan aset negari/negara agar "pisang tak berbuah dua kali" lagi (perlu dipantau ttg Pulau Pisang)..
Tangan2 pengkhianat perlu ditangani dgn bijak sbb mereka ini ibarat munafik..melaungkan semangat kebangsaan tapi tangan2 inlah yg menggadai harta negara demi kemewahan yg sementara. Semoga rakyat Johor bertambah sejahtera dibawah pemerintahan Sultan yg baru.

Perbezaan Pendapat bukanlah Per p e c a h a n !

Monday, January 18, 2010

Jin makan ASAP

Kalau tak kerana dik hujan dan angin yg betiub mau rasanya boleh menjadi 'batas ban' ..
Boleh juga dibina menjadi 'bumper' jalan..
Mahu juga menjadi bukit dik kerana 'berdikit-dikit'..
Sapa lagi ? kalau tak siperokok yg berkenderaan..
Senang2 je campak lepas 'perasap badan'.. (terutama di persimpangan traffic light)
Rasanya masalah 'perokok' ni berlaku di seluruh dunia..
Wahai mereka yg berada di bumi negara maju.. @
Pernah ke negara maju.. (samada makan angin atau makan asap..)
Adakah fenomena seperti ini juga di sana (2x5)..? @ lagi teruk?

p/s- Rumah sendiri nak bersih tapi persekitaran..
gheja orang majlis perbandaran? Ada ka patut lagu ni?

Perbezaan Pendapat bukanlah Per p e c a h a n !

Thursday, January 14, 2010

RIVER

Photo ini teman dah terima lama dah.. Namun tak pasti kat mana ..
Adakah di German atau Russia..atau kat tempat lain..
Kepada sapa2 yg selalu dok terbang pi oversea tu dan tahu ttg fly-over ni..
Tolonglah habaq mai sama noo.. spt bro Al-lavendari yg pernah sampai kat German sana tu kan.. atau sesapa saja lah yg ada maklumat dapat kiranya dikongsikan bersama..
Teman dahului dgn ucapan berbanyaklah terima kasihnya naaa..

Perbezaan Pendapat bukanlah Per p e c a h a n !

Wednesday, January 13, 2010

Laa..Runtuh lagi.. loqlaq2..

Hiasan - kemewahan vs quality pembinaan

Sekilas pandang tajuk berita kat Berita Harian Online

* Terus terdetik hati teman..mesti kat Terengganu nih..
Bila klik dan lihat..memang benar kejadian kat sana pun..lawak..lawak..!
Nak tergelak pun ada..simpati pun ada (kpd mangsa)..dan tertanya jugak..
Pasai apa asyik runtuh saja kat Terengganu ni..?
Dan kat tempat lain tak de kes runtuh ke..?
Tak kan negeri yg mewah dgn duit Royalti dan Wang Ehsan ..
Masih ada masalah dalam hal-ehwal pembinaan..?

Perbezaan Pendapat bukanlah Per p e c a h a n !

Pukau @ terpukau..

E-mail diterima berbunyi begini..(ada bunyi..)
AWAS GENG CURI CARA PUKAU DI KLCC

Sekadar untuk menasihati semua pelawat ke KLCC. Seorang jiran perempuan telah kehilangan beg berisi sebuah kamera mahal dan tas tangan yang mengandunggi wang yang agak banyak, MyKad, lesen memandu dan kad kreditnya sedang dia minum dengan seorang kawan di salah sebuah kedai makan berhadapan kolam air pancut di KLCC.

Yang menghairankan, kejadian ini berlaku disiang hari. Dia meletakan beg tersebut di atas pehanya kerana mereka duduk di meja bulat kecil khas untuk dua orang pelanggan. Apabila nak beredar baru dia sedar yang begnya sudah tiada. Dia tidak menyedari langsung bila begnya "hilang". Teman yang duduk berhadapan dengannya pun tidak nampak sesiapa pun yang menghampiri mereka.

Apabila jiran saya melaporkan kecurian ini kepada pihak keselamatan KLCC, kakitangan yang menjaga kamera litar bertutup (CCTV) mengatakan rakaman menunjukkan ada satu "bayang hitam" yang menghampiri jiran saya semasa dia sedang minum. Kakitangan ini juga memberitahu sudah beberapa kali kejadian seperti ini berlaku dan dipercayai oleh warga asing dari negara Arab dengan cara "pukau".

Berhati-hatilah apabila ke KLCC.

p/s - anda percaya?...anda @ sedara @ rakan sudah pernah terkena sedemikian..? Anyway...itulah sebahagian dari warna2 kehidupan gamaknya..
Ada makhluk yg bersusah payah mencari rezeki namun ada sebahagian kecil pula senang2 je.."songlap" jerih-perit orang lain..

Perbezaan Pendapat bukanlah Per p e c a h a n !

Thursday, January 07, 2010

Ibu Ayam @ Bapak Ayam ?

Berdasarkan 'fenomena' di bawah..
Apakah yg terjadi dan sepatutnya terjadi..?
Apalah gamaknya.. ungkapan mereka ye..?
Hiasan di atas maybe ada kena mengena dgn yg hidup maupun yg dah mati..
Perbezaan Pendapat bukanlah Per p e c a h a n !

Wednesday, January 06, 2010

Tembok.. buatmu Terowong

Anda semua sudah tentu terbaca berita ini..
Apakah pendapat anda semua ttg situasi tersebut..
Sempadan sudah terbentuk lama..
Tembok pun sudah terkepong buat GAZA..
Kini tembok sempadan baru pula di'tanam' merentangi sempadan ..
buat menyekat laluan bawah tanah..
Sumber perhubungan 'hayat' buat saudara kita di GAZA..
Mesir adalah saudara sebangsa dan seagama...?~!&??

Perbezaan Pendapat bukanlah Per p e c a h a n !

Monday, January 04, 2010

Bubuq Asyura hite..

Last sekali merasa adalah semasa kat kampus dulu.. masa tu kami buat bubur asyura Utara/Kedah..Kelantan dan Johor..
Masa tu masing2 sebok dgn masakan masing2.. Yg tahu kami (Kedah dan Johor) telah siap masak dan boleh dimakan tapi Kelantan masih belum siap..
Bila dah siap rupanya Asyura Kelantan paling sedap (citarasa teman laa) dan paling cepat habis .. then baru Kedah.. lastly baru Johor..
Awal tahun yg baru lalu (2/1/2010).. kami berkerjasama mengacau bubur asyura Kedah dan Kelantan sahaja.. Fuuhh..baru terasa bertapa 'bestnya' kacau sendiri dgn gunakan kayu api lak tu..(mencari keaslian) ~ 8 jam mengacau..
Dari beras jadi nasi ..dari nasi sampai jadi bubur dan kering..daging lembu pun dah tak nampak lagi..
Pedas...rempah-ratus..manis..(kelate tak sah laa kalau tak dak gula..) Hhhhmmm..mmg sedapp

Perbezaan Pendapat bukanlah Per p e c a h a n !

Member2 Yang Dihormati..

luahan. .

u r invited

Kembalilah lagi, Ramadhan !



Frenz Media