Thursday, November 26, 2009

Selamat mera'ikan Qurban.

Selamat menyambut hari raya qurban..semoga segala amalan diterimaNya. Yg tak sempat berqurban tahun ni..eloklah bersama menghulurkan bantuan yg mana perlu ataupun sekadar menyebok mera'ikan suasana. Ramah mesra bersama saudara-mara dan sahabat-taulan serta jiran-tetangga. Perit jenuh buat kerja korban tentunya terubat dgn hasilnya nanti samada dapat daging atau makan beramai-ramai ..dan tentu yg lebih best bila dapat makan sop ekor/gear-box/tulang fresh... Tukang masak ramai..tukang rasa pun ramai..tukang perabih lagiii lah ramai...
Perbezaan Pendapat bukanlah Per pe cah an!

Senda-loka gian..


Maaf terlebih dahulu buat sahabat2 pengunjung yg dihormati.. Maybe kerana photo n3 sebelum ni kurang jelas namun ada dapat mengenali bahkan siap habaq kat mana lagi ambilnya..tahniah. Memang gian..teruja sangat utk nak mengulangi kerja-buat tu lagi .. Teman masih lagi terbayang dizaman kanak2 dulu..kat parit depan rumah ..di bawah pokok pelam yg rimbun tahan udang ni..(depa panggil udang padang) size lebih besar dari udang kepai.. Saat yg paling syok ialah bila 'tangkoi' ni diangkat...Udang2 tu melompat (meletit) terhimpun di tengah kain (biasanya di gunakan kain kelambu lama) tangkoi tersebut. Percikan air udang melompat meriangkan suasana..
Dok tahan tangkoi ni adalah part time saja..sambil dok 'mugaq' kg..atau dok main 'sole'..atau dok 'mengai' ikan puyu (guna udang tu atau belalang sebagai umpan)..selang sejam mai angkat pulak..(bergantung kpd kerajinan laa..)
Perbezaan Pendapat bukanlah Per pe cah an!

Wednesday, November 25, 2009

Memang gian..

Hanya yg melalui, tahu benda ni.. Kenal bertapa bernilainya peristiwa ketika menggunakannya suatu masa dulu.. memang gian kalau boleh memang nak terjun sekali lagi kemasa lalu.. Siapa mahu berkongsi pengalaman bersama adalah dipersilakan..
Sesiapa yg masih samar ..? boleh bertanya..
Perbezaan Pendapat bukanlah Per pe cah an!

Tuesday, November 24, 2009

Nak pandang saja?

Nak buat apa dengan buah ni..? Biarkan masak meranum kat atas pokok?Dok peghati sahaja dari hari kehari sehingga masak atau hilang dipetik anak2 nakal.. atau ada resepi istimewa utk bersama jiran tetangga..? Juadah santai dipetang hari..
Perbezaan Pendapat bukanlah Per pe cah an!

Wednesday, November 18, 2009

Selamat mencurah..

Selamat menduduki peperiksaan SPM buat anak2..kakak2..adik2..abang2..
Semoga berjaya menjawab dgn tenang dan beroleh keputusan yg cemerlang ..
Setelah berjuang selama ini.. (Tuhan akan memberkatimu NAFA)
Kejayaan akan menjelang sekiranya sudah berusaha bersungguh-sungguh dan berdoa kepadaNya..InsyaAllah !
Perbezaan Pendapat bukanlah Per pe cah an!

Monday, November 16, 2009

10 Orang Lagi...

Masih terbayang kepayahan isteri melahirkan anak hasil percintaan ini.. Sekali pun berada di sisi memberikan sokongan dan ingatan sekadarnya.. Namun memang berat dan terlalu besar utk dihargai dan mmg tak terbalas..
Dikala itu teman membisikkan kepada isteri..'cukuplah setakat ini'..
Bila beralih tahun..datang juga adik barunya.. SubhanaAllah
Sudah 2 tahun berlalu..dgn seorang puteri yg manja dan memikat.. ceria dan terlalu membahagiakan.. Bila meminta Balqis menggunakan nada yg sayu dan seolah-olah merayu serta membisik.. Memang cair hati dibuatnya..
Isteri tersenyum panjang dan menjeling penuh makna bila mendengarkan teman berkata pada Balqis.."Kalau lagu ni 10 orang lagi pun tak paa.."

Wednesday, November 11, 2009

Parti Burung..

Memang tak terduga sama sekali bahawa masih ada lagi manusia yg berfikiran primitif sebegini.. Entah manusia mati atau dibunuh utk dijadikan santapan pemujaan. Namun apa bezanya dgn golongan banjingan yg membunuh/membuang/membiarkan bayi mati kesejukan ditempat pambuangan sampah, perkarangan masjid/surau atau 'kat mana yg "dan" di negara kita?
Beginilah manusia gamaknya bila kemajuan hidup dikejar..
Kemewahan dan keseronokan hidup tergelincir dari landasan agama..
Hidup sudah tiada nilai2 menghormati sesama insan sekalipun dari darah-daging sendiri (walaupun haram) dan apatah lagi bila sudah bergelar 'mayat'..

Saturday, November 07, 2009

Kata Tok Dalang(upin/Ipin) "..aku dah terkenee..."

Ini adalah salah satu dari aset (dunia) yg teman beli.. Acadia namanya..Peringkat awal bermula dgn lancar mengikut schedule. Namun bila sudah meniti 80 %..riak gelombang mula menampakkan perlaburan kali ini tidak mendatangkan hasil seperti yg diharapkan..Tapak perumahan didirikan adalah berdekatan dengan centre baru utk UITM menggantikan Shah Alam yg terlalu clouded. Inilah hasil kerja tamak manusia yg tak mengira nasib orang lain. Dok kira keuntungan diri dan kroni sahaja.Pokok mengkudu yg ditanam tu pun dah berbuah ..mesra bersama pokok lalang tu (walaupun tidak diundang..) Pejam-celik pejam-celik project ini sudah berusia hampir 7 tahun. Hampir seusia dgn kakak Nurul Izzah yg akan ke sekolah tahun depan(2010).
Dalam FASA yg sama pada block belakang terjadi keretakan 'serious' ..sememangnya menghalang dari mendapat CF. Namun adakah pemaju berusaha memperbaiki keadaan ini? Bukan sahaja TIDAK bahkan mereka bertindak bijak (kononnya) dgn menukar nama pemaju baru tapi jembalang yg sama berada di dalam samada secara jelas atau berselindung. Melobi project perumahan di kawasan yg baru. Inilah terjadi (bukan sedikit kes project terbengkalai) bila tiada amanah dan korupsi dalam system pentadbiran. Swasta maupun jabatan Kerajaan yg terlibat meluluskan.
p/s-Apakah hikmah nya ye?..

Thursday, November 05, 2009

Ibu...maafkan anakanda! ! !

Berilah yang terbaik buat ibu/mak kita sementara ia masih hidup
-Bila seronok, aku cari.... pasanganku
-Bila sedih, aku cari..... Mak
-Bila berjaya, aku ceritakan pada.... pasanganku
-Bila gagal, aku ceritakan pada... . Mak
-Bila bahagia, aku peluk erat.... pasanganku
-Bila berduka, aku peluk erat.... Emakku
-Bila nak bercuti, aku bawa.... pasanganku
-Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... Mak
-Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
-Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
-Selalu.. aku ingat pasanganku
-Selalu.. Mak ingat kat aku
-Bila-bila.. . aku akan talipon pasanganku
-Entah bila... aku nak talipon Mak
-Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
-Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak
-Renungkan: -"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
-bolehkah kau kirim wang untuk Mak ?
-Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
-Berderai air mata jika kita mendengarnya. .......
-Tapi kalau Mak sudah tiada........ ...
- MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....
-Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
-berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya...
-berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
-berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya....
-berapa ramai yang sanggup..... ... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
-berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
p/s- teman simpan email ini buat diri yg selalu alpa...

Tuesday, November 03, 2009

Beginikah kasih seorang isteri..?

Secara peribadi..teman berpendapat begini:
Daripada 'bersama' tapi dibelai dgn sepak terajang..bersuamikan dgn jejaka yg bertuhankan dadah..hilang rasa hormat pada isteri..hilang rasa 'belas' ihsan pada yg lebih tua ..lebih baik hidup berkeseorangan sekalipun kepayahan..
Wook Kundur rayu suaminya dibebas segera dari Pusat Serenti
HULU TERENGGANU: Wook Kundur, 107, antara wanita tertua di negara ini dan mempunyai suami hampir 70 tahun muda daripadanya, merayu Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) agar memendekkan tempoh penahanan suaminya yang kini ditempatkan di Pusat Serenti Sungai Besi di Kuala Lumpur. [+] 15:52 PM

p/s - Dimanakah anak-cucu hasil dari 22 pernikahan dulu..? Apakah salah ibu dibiarkan hidup sebatang kara di usia 'platinium' ini..?
Perbezaan Pendapat bukanlah Per pe cah an!

Monday, November 02, 2009

Terimalah Lamaranku..

Masih baru sangat ibu kita pergi menemuiNya.. Ibumu yg memudahkan ibuku serta abang iparku 'menziarah' dalam usaha merisik seorang puteri diantara 'belasan' anaknya. Seorang gadis sunti yg menjadi pilihan kakak2ku dan abang2ku. Sebagai calon adik ipar mereka. Hati ini berserah 'total' kepada budi bicara mereka. Hitam atau putih kata mereka ku akur tanpa bantah. Mereka lebih 'arif dalam mancari pasangan yg paling secocok utk adik mereka. Juga terima kasih kepada abangmu (Bang cik Jamil) yg memudahkan urusan perjalanan kearah mendirikan masjid. Bertapa jauh perjalananmu dari Kg Sempadan, Pahang untuk balik ke Kedah dan buat pertama kalinya aku memandang (sekilas lalu sahaja) wajahmu... Malu kononn.. Kala itu hati mendesak untuk bertanya khabar tapi kehadiran bersama ibuku dan abang2 mu dalam majlis 'ziarah' itu membantutkan naluri kelakian.. Hhmm.
Kini setelah lamaran diterima dan kita di'sah'kan menjadi pasangan pada tanggal 2 November. Sekali lagi ucapan terima kasih-sayang kerana menerima 'lamaran' itu suatu masa dulu. Selamat menyambut hari ulang tahun perkahwinan kita. Semoga kasih sayang yg disemai selama ini tetap bersama KeredhaanNya. Berbahagia di dunia dan apatah lagi-lah di akhirat sana.

Sayang..Kembali..!

Pagi juma'at yg ceria bersama anak2 utk ke sekolah dan ke tempat kerja spt biasa. Abang ipar teman call.. "Assalamua'alaikum ! bang caq nak habaq yg nadi mak dah tak dak..bang caq ingat baliklah tengok keadaan mak.." bunyi tenang sekali seperti sakit yg diterima ibu tempoh hari.. Selang beberapa second kemudian terima SMS dari kakak ipar (Kak Cik Milah) yg menyatakan bahawa Mak Hatiah telah meninggal dunia subuh tadi. Innalillah hi wa innaa ilai hiraaji ngunn.. Ziarah, ciuman, mandikan, solat jenazah dan 'simpan' di pusara aman Masjid Air Hitam adalah pernghormatan terakhir yg kami dapat mengiringi buat ibu..
11 Zulkaedah 1430 bersamaan 30 October 2009 diusia 70 tahun. Kembali menemuiNya dgn tenang dan bahagia. Semoga Roh mak akan bersama rahmatNya. KAMI sayang ibu..kami sayang mak..kami sayang tok..kami sayang tok nyang.. Doa kami unjurkan...Alfatihah.

Member2 Yang Dihormati..

luahan. .

u r invited

Kembalilah lagi, Ramadhan !



Frenz Media