Thursday, April 30, 2009

Sayang Anakku Sayang

Siapa yang tak suka sekiranya anaknya adalah seorang yg cantik, comel, petah berbicara walaupun diusia muda dan bijaksana. Adakah kita juga akan memilikinya dari isteri2 kita nantinya??.. Bagaimana pembawaan kita begitulah hasilnya...Itu rezeki dari Yang Maha Pencipta, SubhanaAllah. Refer link dibawah dan lihatlah:

http://d.yimg.com/kq/groups/20440826/1198590830/name/Fatima.wmv

Wajarkah mereka dibawa ke Kutub lagi?

2009/04/30
Two Mat Rempit plead guilty !!

Menunding jari mencari salah siapa memang senang. Kerja mudah. Namun bagaimana gejala ini harus dibenteras sangat payah. Adakah apabila kematian dan pelbagai gejala sosial meningkat sehingga paras dagu baru nak diusahakan bersungguh-sungguh oleh pihak yg bertanggung jawab? Seperti masalah penagih dadah mencecah jutaan members.!!! Wajarkah mereka juga diletakkan di sebuah pulau spt cadangan untuk penagih (walaupun cadangan baik Ulamak ini ditolak suatu ketika dulu)?.. Adakah bila nasi sudah menjadi bubur baru kita mahu sama2 berganding bahu??? Full Story: http://www.nst.com.my/Thursday/National/2545058/Article/index_html

Wednesday, April 29, 2009

Kembali Jua...Akhirnya


Tahniah kepada Baby Anis kerana ditakdirkan dapat kembali kepangkuan yang berhak. Moga bebanan kasih-rindu selama ini akan terubat bersama belaian seorang yang berjuang mendapatkan HAKnya kembali. Tahniah sekali lagi. Semoga kamu akan menjadi teman sepermainan abangmu dgn penuh kebahagian. Esok... suria kembali bersinar.

Pemeran Buku at PWTC

Di bangunan PWTC diadakan pemeran buku seperti biasa kedatangan pengunjung adalah 'sangat' tidak sesuai untuk kanak2 dibawah umur. Keadaan bersesak dan air-cond pun tak dapat nak cover jumlah manusia yg ramai. Sebagai langkah selamat selepas melepaskan pengunjung 'kehormat' kat sana maka kami berdua 'ambil angin' di-Taman Tasek Perdana. Berdua-duanlah kiranya. Relax dan santai.. Adik Balqis melangkah tanpa dihalang. Ikut sahaja kemana rasa nak pi..sambil memerhatikan persekitaran..alam fauna..bebas








Raba..sentuh..cabut...ape2 je yg tergerak dihati.. Diberi kebebasan istimewa for that time..

Setelah terasa penat..barulah mahu berhenti..untuk merasa seteguk minuman yg dibawa.. Minum sorang ke dik..?

Tuesday, April 28, 2009

Setan Berkumis?

15yr-old-pregnant Malay girl claims her father and his friend raped her for 3 yrs Malaysia SunMonday 27th April, 2009 (ANI)

Adakah nasi sudah menjadi bubur..?? Dimanakah silapnya?? Siapakah yg harus dipersalahkan?? Apakah pendekatan yg harus dilakukan untuk mengatasi GEJALA ini?? Tiadakah hukuman yg boleh menakutkan mereka?? Layakkah hukuman ciptaan manusia dijatuhkan keatas mereka?? Sumbang muhram.. Memang sial lagi durjana sibapa yg berjiwa setan. Mereka memang selayaknya STOP dari menjadi manusia!!!

Monday, April 27, 2009

Pi Kedah.. mesti mai tang ni..

Bila anda atau sesiapa saja yg menjejaki kaki ke Kedah adalah sangat digalakkan untuk membuat lawatan lanjut ke-Muzium Padi di sana. Anda boleh melihat dan mempelajari a ~ z dari-hal padi. Dari peringkat mula menanam hinggalah menuai dan dipasarkan. Cukup ilmiah dan berbaloi dgn harga tiket yg sangat berpatutan.



Samada lawatan sambil berjalan atau hanya duduk 'melenggak' menontonan video yang dimainkan. Pada generasi kanak2 dan muda belia ..tentu mereka dapat melihat dan mengenal peralatan yg tentunya tak pernah digunakan lagi (spt tong mukoi padi, halu & lesong tumbuk, anok, tangkoi dan banyak lagi) akibat pemodenan system pertanian.

Saturday, April 25, 2009

Flexible @ Magic ?

Begitulah kehebatan makhluk ciptaan Allah yg bernama manusia ni.. Makan serba-serbi selagi boleh masuk tak kira halal atau haram. Berkelakuan pula kadang2 mengalahkan binatang yang diciptakan dengan akal yang tak setanding manusia. Namun dalam sikon tertentu kasih sayang binatang lebih advance dari manusia yg kononnya berakal. Adakah akal yg tak diperlihara boleh 'mabok' ? Renungi vedeo ini untuk iktibar..

Friday, April 24, 2009

Indahnya Poligami


Kehidupan yang sementara di dunia ini hanyalah perhentian untuk mencari bekalan buat perjalanan yg jauh lagi kekal abadi. Kehidupan bersama @ poligami tidak lebih melainkan keindahan bila-mana penghayatan agama dan didikan Qalbu yg selalu dibajai serta disirami... Apa yang diperolehi dari hidup bercakaran sesama kaum.?. Hati tak pernah merasa aman dan tenteram. Jiwa bergelora dan wajah tentunya tak berseri seperti puteri-puteri ini..

Thursday, April 23, 2009

Tandop LB

Perit lelah petani menggerakkan tulang empat kerat mengusahakan sawah bendang. Menyara keluarga dan menghulurkan kesinambungan jaluran ekonomi negara. Bertapa pentingnya system bantuan pengairan kepada mereka para petani. Dengan adanya empangan atau 'tandop' ini telah memudahkan usaha mereka selama ini. Inilah hasil peninggalan bijak pandai zaman lampau. Moga kita akan terus menghargai sungai dan system pengairan lainnya. Begitulah harapan kepada generasi sekarang dan seterusnya...

Si-Comel


Nak pujuk kucing tu kena beri habuan kat dia..mana boleh sekadar lambai tangan je .. Setidak2nya berikan kucing tu sekeping roti ...okay . Anyway..usaha tu dah memikat, setidak2nya hati yg melihat tingkah-laku adik Balqis..


Hati2 bermain dgn adik tu.. Berpada-pada bermain dan jgn over pulak.. Semua nak menggomel adik Balqis sbb dia comel dan menghiburkan kan..

Wednesday, April 22, 2009

Salji Semakin Cair

Demi nama kemajuan teknologi diciptakan untuk kemudahan manusia melaksanakan tugas. Keselamatan (gangguan binatang buas dan berbisa serta kemalangan) juga diutamakan. Kecanggihan memusnahkan hutan untuk keperluan kehidupan manusia tidak dapat lari dari meninggalkan kesan yg sering diperbahaskan oleh negara2 maju 'Pemanasan Global'.. Adakah mereka ini seperti anjing menyalak bukit ..? Atau peredaran masa memaksa kita menerima hakikat bahawa dunia semakin hampir kepada penghujungnya....renungkan lah..

Warisan Narathiwat


Adik, abang dan kakak semuanya smilling je. Gelak-tawa me'rioh'kan suasana.. Nenek berdua tu hanya diam melihat gelagat cucu-cicit ...Tentunya mereka terkenangkan 'kekanda' yg sudah lama pergi meninggalkan keluarga.. Perpisahan di-dunia yg sementara sebelum kembali bertemu di alam yg kekal abadi. InsyaAllah. Salam juga kita unjurkan buat saudara-mara kita di-Narathiwat, semoga mereka semua selamat .

Tuesday, April 21, 2009

Selamatkan Baby. . .

Dalam usaha mencari nafkah kehidupan dan mengejar kemewahan hidup, kadang2 ibubapa lupa akan tanggung-jawab sebenar dalam memberikan bukan sahaja kasih sayang tetapi keselamatan buat anak2 tersebut. Ibu mana yg sanggup membiarkan anaknya digigit nyamuk? Apa lagi menangis pada tak kira masa dan ketika.. Namun selamatkah dibiarkan dibawah penjagaan budak pengasuh atau pusat asuhan?..Semoga rentetan video ini dapat menyedarkan bertapa WAJIB meneliti siapa yg selayaknya memelihara baby kita?

Monday, April 20, 2009

Kedah from Mesir

Wahai abang Mahmud yg jauh di-rantauan.. Post ini khas buat perantau dan menambahkan kerinduan kepada kampong halaman yg dah lama ditinggalkan. Lihatlah keriangan adik abang sepupu sepapat bermain di tengah bendang ...
Padi sudah dituai..guna mesin je sekarang ni..hasil diambil dan yg tinggal cuma tunggul padi dan jerami...Harum tu memanglah mengasyikkan tetapi bila dah habih bermain .. Kebiasaannya badan akan terasa 'miang' dan gatal2..



Saujana mata memandang..Hati tenang dan riang..Sanak saudara bergaul mesra..sebelum masa tiba untuk bekerluarga..meneruskan kesinambungan nusa dan bangsa.

Saturday, April 18, 2009

Insaflah PuteraPuteri Negara

Siapa yg harus dipersalahkan? Bagaimana mesti dilakukan untuk mendidik agar menjadi insan yg berguna? Setidak2nya TIDAK menyusahkan orang lain? Di mana patut dimulakan? Pendidikan di sekolah atau dirumah ? Adakah pergaulan dan kebebasan yg melampau? Mungkinkah kemewahan yg tercipta buat mereka lupa asal usul tujuan KEHIDUPAN yg sementara ini? Bagaimana dgn pengisian jiwa mereka tentang ilmu agama..?

Yang di-sayangi

Nenek...Opah...Tok...Wan...Grandma... ape2 je lah. Kami semua menyayangi mu. Budi dan jasamu tidak terungkap..dalam meniti kitaran usia di dunia yg fana ini ..Sementara menunggu tiba usia belia di-SANA nanti. Setiap denyut nadi dan alunan nafas mu penuh kasih sayang. Setiap lacture mu menambah perasaan sayang kami semua.. Kami sentiasa merindui mu.

Friday, April 17, 2009

Lihatlah...SubhanaAllah..Indahnya seni

Art..Seni..Imiginasi..Dan Sang Pencipta. Maha Suci Allah, Tuhan Sekeliam alam. Memang hebat apabila seseorang hamba Allah tu dianugerahkan kebolehan 'mengeluarkan' imiginasi nya melalui jari-jemarinya. Pantas melakarkan setiap bab yg terlintas diminda. Bukan milik semua hambaNya, so kita tentunya suka. Anda akan rugi sekiranya tidak melihat vedeo ini...

Thursday, April 16, 2009

EXORA

Welcome diucapkan... Already over 3 years
dok tunggu.. Cantik dan harga pun berpatutan. RM 70-76 K tu consider berdaya saing. Berdasarkan dari laporan pakar yg dah buat pandu uji .. Kemampuannya adalah menakjubkan..setaraf 1.6 Namun apa2 pun pi la belek kat show room dulu.. Kalau dah berkenan dan berkemampuan tu apa lagi..Buat pandu uji dan lihat juga econ-blower tu..ada tak untuk orang tengah dan belakang..? Tepuk dada lihat keadaan ekonomi sendiri walau pun ekonomi la ni gawat.. SEMOGA PROTON TERUS MAJU BERSAMA QUALITY.

Wednesday, April 15, 2009

Anakanda Susuan

Seorang yg dilahirkan kebumi dari rumpun yg lain walaupun asalnya sama tapi lastly menjadi ahli keluarga kami ...dunia dan akhirat. Naufal Arif menjadi anak susuan yang sah. Alhamdulillah. Kini...usianya sudah menjangkau 4 tahun dan mempunyai seorang adik lelaki sebagai teman berkawan dan bergaduh.
Adiknya yang kedua mungkin coming soon kot... InsyaAllah. Ramai ahli banyak rezekinya kan..
Saban hari kami memang merinduinya. Kepetahan bercakap dan kelincahan memikat hati. orangnya putih dan sentiasa tersenyum ..

Senyum..?


Sukanya dia..
Ada ape2 ke tu haa..? happy sangat nampaknya.
Dik Wa dok songeh kat sapa tu.?
Dengan berwajah yang sangat ceria..tentu ada cerita yang terselindung. Pastinya syok kan..Walaupun orang kata syok sorang2..janji bahagia..
Best kan balik umah Tok Atiah..
Moga Tok Atiah sentiasa berada didalam keadaan sihat wal-fiat..InsyaAllah

Cikgu Vs Ustazah Vs Lawyer


Mereka yang disayangi.. (sebagai AP). Adakah hati mereka sudah dimiliki..? Senyuman tu ikhlas buat tatapan camera man je ke...
Di dalam suasana bahagia , siapakah antara mereka yang bakal memiliki 'payung emas' syurga..?
Dan siapa pula yang bakal memiliki bala tentera paling ramai nanti..? Masa akan memperlihatkan kepada kita nanti..
Welcome dan selamat berbahagia for you all...

Tuesday, April 14, 2009

Cuti2 Malaysia

Habis 'dunia' laa kalau boleh main hujan then
main air becak.. Itulah kalau Pak Su Naim terlepas anaknya tu. si-Imran ..dalam diam memang cukup ligat. Alang2 kalau tak kemas menjaga boleh pi mandi sungai budak ni.. Tapi yg nyatanya tentunya dia happy balik bercuti di rumah neneknya.



Bestnya kalau mesra begini...terasa aman hidup. Relax dan santai kakak Nurul Izzah bersama binatang peliharaan nenek tu. Sesekali balik kg boleh release tention utk ibubapa tapi itulah masa untuk melompat pada anak2 apatah lagi kanak2 memang mereka merasa lebih bebas...

Monday, April 13, 2009

Riadah pagi Ahad


Selepas habis kuliah Subuh oleh Uztaz Azizan di Surau Ehsaniah. Semua bergerak ke padang raptai Shah Alam berdepan dgn Muzium Negeri. Masing2 memanaskan badan dgn berlari keliling padang beberapa pusingan dan kemudian mereka bermain dgn permainan yg diingini. Yang best nya tu semua bermain dgn ber'kaki ayam'.

Setelah penat bermain..maka tibalah saat yg dinantikan iaitu sarapan pagi ketika pagi sudah bergerak hampir pukul 9.00 pagi. Alhamdulillah penat senam pun hilang .. sambil bersantai je makannya.. Indahnya kalau boleh bersantai bersama isteri2 dan anak2 begitu begitu kan...



Si-comel ni pun sarapan santai juga...Orang lain duduk atas kerusi..Dia sorang je selambak atas meja tu.. Bestnya zaman kanak2 seusia baby sepertnya layanan lebih dari seorang raja kan...Itulah cahaya mata kebahagian rumahtangga ..



Saturday, April 11, 2009

Tahniah buat Muhammad Adib

Semua ahli keluarga melahirkan rasa gembira. Ramai yang tumpang seronok dan ambil berkat sempena cuti Maulidul Rasul yg lepas (9 march ) tapi pengantin nampak cool je..Boleh sabaq dak ni? Mesti terlalu happy kan.. Almaklum lah yang berkenan dihati akan menjadi teman hidup yg SAH lagi diberkati.

Tsunami lagi..?

I just received this message from someone. I don’t know the source of the message; I also don’t know the credibility of the content, but just beware. Everything is from ramalan kajicuaca dan pakar kaji bumi..kononnya laa. Apa pun kita memang kena berbanyak muhasabah diri berdasarkan banyaknya maksiat disekeliling kita la ni.. Minta dijauhkan Allah dari segala mala-petaka ini..
Selalulah melihat atau mendengar ramalan kaji cuaca ttg keadaan hujan, angin dan sebagainya. Elaklah dari berada ditepi pantai diwaktu2 yg tersebut itu WALAUPUN berdasarkan kapaciti air laut itu dgn senang je nak tenggelamkan kepulauan yg ada tu.. So berdoalah agar kita diRahmati selalu. InsyaAllah

Friday, April 10, 2009

Hujan

Sesampai office selepas solat Jumaat, hujan turun lebat sekali serta guruh dan lightning together. Akibatnya my system tak boleh guna. Terpaksa call member untuk lihat apa yg patut dia buat. Terima kasih Razaq kerana sudi datang untuk sattle kan my problem. Setidak2nya dapat disambung semula kerja yg tertangguh. Bila dah heavy rain ni suspent juga kot nanti jem jalan. Apa tidaknya masing2 berpusu-pusu lari dari 'kemungkinan banjir'..fobia kot. Semoga hujan yg turun tadi menjadi hujan Rahmat kepada kita semua..InsyaAllah


Mandi Sungai?

Niat dihati tu memang nak mandi-manda kat sungai tu tapi takut dan malu serta KAMI tak tau berenang... Lagi pun tak nak berkeban siang2 hari kan..nanti kalau tak digelakkan ayam itek ..sahlah dikejar mak ayah kan. Suasana indah ni memang sentiasa melambai ... walaupun sekadar santai-santai dipetang harinya..
Semuanya melaram kan..syoknyaaaa..
Nyaman dan happy..

Siapa kita?



Siapa lah kita sekiranya seruanNya tidak diendahkan.. PanggilanNya langsong tidak mendapat tempat dijiwa... berbandingkan dgn segala nikmat yg diberikan tanpa batas dan FOC... Semoga dipagi Jumaat yg ceria dan berkat ini Allah, Tuhan seru sekelian 'Alam memaafkan segala kelalaian kita . Mengampunkan segala keterlanjuran kita dan diberikan keberkatan hidup demi berbahagia di dunia apatah lagi di-AKHIRAT.

Thursday, April 09, 2009

Taman Burung, KL

Pada percutian awal tahun 2009 yg lepas kami warga kampung yg stay pun kat kampong pergi melawat taman burung KL kat taman tasik perdana tu. Awal pagi dah sampai ..so tempat parking kereta masih banyak.

Bila nak masuk kedalam kena bayar RM15.00 sorang (fuhh.. ingatkan RM3 - 4.00 je). Budak2 below 12 year RM6.00 sorang. Consider too expensive la for local people tapi bila nampak tiket untuk pelancong asing RM33.00 kira fair laa..

Bila dah masuk dalam... mula2 sekali mereka nampak burung (rasanya keluarga kakak tua) manja dan siap boleh makan diatas tapak tangan lagi...They are too happy cuma kena awasi sebab burung2 ni bila nak melepas bukan ada sebarang sign .. terus bom je
Bertapa mesranya dua makhluk Tuhan ni.. Siap boleh main cuit2 lagi. Tak kisahlah sebab tak batal wuduk kan..Pun begitu kena berhati-hati juga sebab binatang tu kalau dia patuk dgn paruhnya yg tajam tu.. dengerous juga



Memang penuh dgn berbagai jenis burung..nama pun taman burung kan.. Ada yg boleh pegang dan ada yg boleh bergambar..
Yang jelas ialah letih juga nak pusing keliling taman tu..Elok juga ada banyak tempat untuk berhenti lelah sambil bersantai..
Rasanya nak pergi lagi tak lain kali..??

Hotelicopter

Dunia sudah maju..semuanya nak merasa serba kelainan..Adakah untuk bermegah atau merasai keseronokan bermalam di udara ?
Boleh tidoq lena ka..kalau lagu ni punya hotel?

Selamat mencuba di Hotel serba baru dan canggih. Moga selamat dlm mimpi dan selamat mendarat dgn selamat..


Wednesday, April 08, 2009

Nurul Izzah on the wing


Sempena 'Hari Terbuka' TUDM end of last year yg diadakan di Subang, Selangor DE. Dalam banyak2 berjalan melihat dan menerima maklumat ttg kecanggihan pesawat perjuang sehinggalah ke pesawat ringan. Memang canggih pesawat pejuang milik RMAF seperti SUKHOI SU-30 MKM tu.Kesempatan diambil oleh kakak Izzah untuk berdiri di atas wing salah sebuah dari pesawat ringan yg dipamerkan. Adakah kakak Izzah bakal menjadi seorang dari pilotnya..??? Masa mendatang adalah jawapannya..So kakak Izzah kena belajar rajin2 okay...

Jamuan Hj Dim Yati

Setelah selesai majlis ilmu 6-1=0 , hadirin disajikan dengan jamuan special dari sumbangan tulang lembu dari Hj Dim Yati.
Selepas zohor beberapa orang telah menghulurkan bantuan apa yg patut spt mengapak tulang, menyiapkan bahan2 masakan dan memasak sop tersebut.
Memang best..Ilmu dapat dan makan pun dapat. Semua golongan pun dapat merasa sop gear box tu.
Kalau boleh tiap2 bulan lagu tu bagus lah juga.
Tapi tak boleh selalu kan nanti badan bertambah cholesterol nya.

Tuesday, April 07, 2009

Sop Qurban


Menjelang hampir tengahari...Daging fresh qurban/aqiqah dimasak. Dalam kemeriahan dan tukang masak yg professional.. Bau wangi masakan menyelinap keseluruh bahagian masakan dan persekitaran..Best sungguh! Masing2 menghulurkan bantuan sekadar yg boleh..Yg berat menjadi ringan..Susah menjadi senang..Mentah pun jadi masak dan enak..So apa lagi.?? Pinggan mangkuk dihulur, masakan diberi.. Yg alpa memang sekadar melihat kuah jelah..tapi boleh juga merasa..ambil berkat kononnya lah..

6 - 1 = 0

Taman2 SyurgaTaman2 Syurga

Lumrah kebiasaan calculator jawapan nya adalah 5. Namun dalam Islam bilamana Rukun Iman yg 6 bukan sahaja ditolak 1, bahkan 2, 3, 4 dan 5 ataupun 0.25 pun akan menjadi ZERO. Sebagai contohnya menolak atau tidak YAKIN dgn Nabi Isa dari kalangan Nabi/Rasul yg 25 tu . Sia2lah hidup bernafaskan Islam sekiranya keyakinan kpd rukun Iman tergugat.

Majlis Ilmukuliah1

Begitulah pesanan Ustaz Miftah didalam kuliah magrib malam tadi. semoga yg baik dapat kita amalkan dan menjadikan garis panduan dalam mengharungi liku2 kehidupan yg mencabar ini.

Pertandingan Boat Laju = F1

Cintanya dibawa bersamaCintanya dibawa bersama

Kawan buat offer (FOC) untuk tiket Grand Stand bernilai RM500.00 for to days ( saturday & sunday) sbb dia pun dapat free. Namun setelah I congak2 kos perbelanjaan ... Fuel, toll, car park dan minum mencecah hampir RM200.00 . Tu tak kira lagi kos penat berjalan dan letih melayan jem dan melepas KOS untuk solat berjemaah serta kuliah Magrib.

So starting 5.00 pm apa lagi dok mengadap NTV7 lah..Dan nak dijadikan cerita yg lebih syok...hujan lebat lah pulak semasa pusingan ke 33 . Litar dah jadi kolam hampir menjadi pertandingan boat ..Maybe nak habaq kata tak dak 'ONG' pada Malaysia new Prime Minister yg pi sana.

Hasilnya pertandingan ditamatkan sebelum lengkap pusingan yg sepatutnya. Hari pun dah nak gelap sebab starting pukul 5.00pm untuk senangkan orang eropah menonton dipagi hari...Pelik tapi itulah kalau kita masih dicucuk hidung oleh puak2 ex-penjajah ni. FIA nantinya akan jadi seperti pasar malam ...

Saturday morning..

Nawar bersama mawarNawar bersama mawar

Alhamdulillah... Dalam kecerian sebahagian rakyat Malaysia menerima new 6th Prime Minister (DS Najib) semalam, hari ini aku sperti biasa bergerak ketempat kerja. Perjalanan mmg senang dan tak de jem sbb kebanyakkan masih membungkang kat umah kerana cuti atau tak koje on saturday. Bila on system dan terpandang wajah anak gadis cantik menawan..hati terasa senang dan menyayangi...Maimunatun Nawar bersama bunga Mawar? Ntah teman pun tak kenal apa jenis bunga tu...yg jelas tu adalah 'bunga bersama bunga'...mengharumi 'KEBAHAGIANKU'...

Pagi ..sesudah solat 'Aidil Adha

Laman Belakang Rumah IbuSelepas solat dimasjid, semua ahli keluarga berpusu-pusu kebelakang rumah ibu utk menjalan 'ibadah Qurban. Walaupun tali yg disediakan sedikit kecil berbandingkan dgn kudrat lembu tu..namun berkat kerjasama semua dan kepandaian Bang Cik Jamil dan keberanian Bang Teh serta semua suku-sakat yg turut serta menyebok...TerQurbanlah lembu tu..Alhamdulillah. Moga usaha yg baik dan kerjasama ini dapat diteruskan lagi ditahun-tahun yg mendatang. Pengalaman yg baik utk semua tak kira kecik besaq.

Yo Yo Result

Lewis HamiltonLewis Hamilton

Yang menang semasa opening di litar Albert Park Australia baru2 ni; nombor 3 tu J. Trulli, Dapat point ke3 tu L. Hamilton. Lepas tu Trolli kena tendang dan Hamilton pulak naik ke 3. Tup2... tanpa dirayu oleh Toyota Team, Depa pi tukaq result la pulak..Pasar malam betoi la depa ni..

Jumaat Yg Ceria

Kerja itu JihadKerja itu Jihad

Alhamdulillah, semuanya berjalan dgn lancar.. perjalanan ketempat kerja steady je walaupun ada sedikit jem. Sampai tempat kerja terus je bersarapan..Namun dlm semangat koje yg berkobar-kobar disentap dgn panggilan URGENT lagi sekali untuk pagi ini...Senang je cakap. Ini lah akibat daripada tiada link yg baik antara pekerja bawahan dan bahagian pentadbiran. Hasilnya..dah tentu production DELAY buat sekian waktu..Moga yg dihajati segera sampai dan line can continue running. InsyaAllah. Nanti wa nak gi solat jumaat pun tenang...

CAVIAGA

Replacement for ITOILReplacement for ITOIL

Dipetang yg redup dan akhirnya disimbahi lagi dgn hujan yg lebat. Alhamdulillah dapat juga pick-up driver gi ambil hydraulic oil untuk kegunaan projek. Depa ni pun satu...Bukan nak habaq siang2... bila nak guna baru terkial-kial dan dgn senangnya cakap 'URGENT'...Nasib baik supplier ada stock...Boleh 'kautim'...legaa

Member2 Yang Dihormati..

luahan. .

u r invited

Kembalilah lagi, Ramadhan !



Frenz Media